Selasa, 21 April 2020

BERSEDIA HINGGA TAHUN DEPAN






BERSEDIA

HINGGA TAHUN

DEPAN


WHO jangka Malaysia perang hingga tahun depan, kata KP Kesihatan

PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) menjangka Malaysia perlu terus berperang menentang jangkitan Covid-19 diteruskan sehingga tahun depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, ia merupakan pertimbangan yang diambil dalam tindakan dalam strategi jangka panjang kerajaan waktu ini, termasuk dalam rangka menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“WHO jangka kita terpaksa perang hingga tahun depan… Jadi strategi kita untuk kurangkan kes tetapi mungkin kita tidak dapat tamatkan kes,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak berasa selesa apabila jumlah kes baharu terus berkurangan, seperti jumlah 36 kes diumumkannya hari ini kerana ia hasil kawalan PKP dua minggu lalu.

Oleh itu, keputusan untuk tempoh dua minggu akan datang pula akan dapat dilihat daripada tindakan pada waktu sekarang, jelasnya.

“Mungkin kita dapat capai (kadar kes baharu) satu digit sahaja dalam masa seminggu,” katanya.

Beliau juga berulang kali menegaskan sekiranya PKP peringkat tiga tamat pada 28 April sekalipun, amalan duduk di rumah, tidak berhimpun, kawalan jarak fizikal dan mencuci tangan perlu diteruskan.

“Yang penting kita terus duduk di rumah untuk putuskan rantaian jangkitan. Keluar hanya apabila perlu sahaja,” katanya yang menambah kaedah pencegahan perlu dilakukan selagi belum ada vaksin.

Sebanyak 36 kes baharu diumumkannya hari ini meliputi 12 kes import termasuk dari kluster baharu pelajar Malaysia dari Indonesia dan 24 dari dalam komuniti dan kluster sedia ada.

Kawasan baharu bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sekitar Pasar Borong Selayang yang mula berkuatkuasa hari ini pula setakat ini mencatat 28 kes, katanya.

Tiada kes baharu diumumkan dari kawasan PKPD sedia ada dan tiada kematian baharu diumum hari ini.

Jumlah keseluruhan kes kini 5,425 dan 3,295 orang sudahpun sembuh.

Seramai 45 orang masih di unit rawatan rapi hari ini dan seramai 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 20 April, 2020

AWAS 

EKONOMI RUNTUH

AWAS

JIKA POLITIKUS

SILAP JALAN

KITA AKAN

BERAMOK

SESAMA

SENDIRI

JANGAN LUPA

PERSOALAN

NASIONAL

BELUM SELESAI

1 ulasan:

hamim berkata...

TT, nak tanya, Hisham ni tidopum pakai topi ke?