DALAM SISTEM
EKONOMI
KAPITALIS
PERUNCIT ADALAH
SARAF DARI
TULANG BELAKANG
UNTUK KILANG
51,000 perniagaan mungkin tutup akibat Covid-19, kata persatuan peruncit
KIRA-KIRA 51,000 peruncit termasuk perniagaan kecil, mungkin terpaksa menutup operasi akibat kesan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Kumpulan Peruncit Malaysia.
Pengarah Urusannya Tan Hai Hsin berkata jumlah itu merangkumi kira-kira 15% daripada kedai runcit di seluruh negara.
Beliau berkata perniagaan tersebut mengalami penurunan jualan sebanyak 80% susulan kekurangan pelanggan yang tidak dibenarkan keluar membeli barangan yang tidak penting.
“Krisis ini sudah bermula sejak akhir Januari lalu. Ada peruncit yang mengalami penurunan jualan sehingga 80%.
“Terdapat kira-kira 340,000 kedai runcit di seluruh negara.
“Jadi jumlah kedai runcit yang mungkin tutup dianggarkan antara 34,000 hingga 51,000 (10%-15%),” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Kita menjangkakan peruncit kecil akan paling banyak terjejas dan mungkin menutup kedai dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi,” tambahnya.
Tan berkata sepanjang PKP, kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi dan kedai kek dapat beroperasi seperti biasa.
Namun katanya beberapa jenis kedai runcit lain seperti fesyen dan aksesori fesyen, elektrik dan elektronik, kedai buku dan perabot akan terjejas kerana tidak memperolehi jualan.
“Peruncit yang sudah memiliki kemudahan jualan dalam talian, masih boleh menikmati hasil jualan.
“Tetapi perkhidmatan seperti kedai salon rambut, kecantikan, spa, klinik pergigian dan pembedahan komestik tidak akan mencatat jualan,” katanya.
Tan berkata industri makanan dan minuman tidak terjejas teruk.
“Hasil jualan mungkin hanya turun 15-20% bergandung kepada operasi. Kafe dan restoran paling teruk terjejas.
Pemilik kedai paling teruk terjejas
Tan berkata hasil pendapatan daripada aktiviti pelancongan juga sudah terhenti, sekali gus menjejaskan peruncit di kawasan beli belah utama seperti KLCC, Bukit Bintang dan Chinatown.
“Begitu juga kawasan pelancongan seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Timur Malaysia.
“Taman tema dan pusat tarikan lain seperti Genting Highlands serta peruncit di lapangan terbang di seluruh negara juga akan terjejas.”
Bagaimanapun beliau berkata Malaysia hanya mendapat sumbangan sebanyak 10% hasil jualan runcit daripada aktiviti pelancongan.
Tan berkata pemilik kedai dilihat paling terjejas teruk akibat krisis ini.
“Pelaksanaan PKP akan menjejaskan perniagaan individu kerana tiada pelancong yang datang.
“Rakyat Malaysia juga diminta mengehadkan pergerakan. Akibatnya, kita mungkin menjangkakan kalangan pemilik perniagaan individu di kawasan tumpuan pelancong ditutup dalam tempoh dua bulan lagi. – 5 April, 2020
TANPA PERENCIT
SISTEM EKONOMI
KAPITALIS
TAK DAPAT
BERGERAK
AMIN
-----------
2 ulasan:
Tanpa rakyat M40.. BN ke PN ke confirm mampus.. sebab tu tabur duit kat golongan M40.. terutama yg kerje gomen.. tang mana terjejas pun x paham.. x yah gi kerja.. lebih rilex dari biasa sebelum PKP.. last2 dapat durian runtuh.. hamdulilallah.. Cash is KING..
Aku pun tak tau la nasib aku lepas ni, samada terus meniaga printing ataupun tak. Kedai aku kat pudu belakang times square, 90% kawasan tu pun dah dijajah bangla. Diorang amik alih bisnes printing org kita gak berlesen alibaba bujang lapok. Aku dah 10 kali report kat imigresen, tapi para bangla tetap lepas sbb depa kata depa keje aja.. bos depa ada yg melayu dan cina. Padahal hakikatnya, para bangla ni la owner sebenar berbekalkan lesen alibaba bujang lapok.
Catat Ulasan