Ahad, 5 April 2020

SERANGAN KARONA BETERUSAN








AWAS


Covid-19 ragut 4 lagi nyawa, 179 kes positif baru


Dua penduduk pangsapuri Lembah Pantai positif Covid-19


Patuhi undang-undang, beri kerjasama pada polis, kata menteri


Tiada penerbangan antarabangsa di LTAPP, kata ketua menteri

Tiga lokasi zon merah catat lebih 300 kes Covid-19


Kenyataan yang dikongsikan CPRC KKM menerusi aplikasi Telegram hari ini memaklumkan ia meliputi daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur dengan 367 kes manakala dua daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat masing-masing mencatat 308 dan 307 kes.


Banyak kes baharu di kawasan PKPD, kata Dr Noor Hisham

SATU perlima dari kes baharu Covid-19 yang dikesan hari ini hasil pengesanan aktif di tiga kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 179 kes baharu direkodkan hari ini, 18 daripada dikesan di kawasan PKPD Hulu Langat yang  kini menjadi antara tiga daerah dengan kes paling tinggi seluruh negara.

Beliau juga berkata, ia hasil pencarian aktif dan saringan ke atas 93% penduduk setakat ini di Hulu Langat.

Sebanyak 12 lagi kes baharu dikesan di sebuah kampung di Kluang yang kini mencatat 147 kes, kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang medianya.

Bagaimanapun hanya kira-kira 43% daripada keseluruhan 3,755 penduduk di zon merah itu disaring setakat ini, katanya.

Di satu lagi kawasan PKPD, Menara Plaza City One, pencarian aktif ke atas hampir 1,900 penduduk menemui lima kes baharu yang memberi jumlah 24 kes, kata Dr Noor Hisham.

PKPD itu dikuatkuasa ke kawasan berkenaan ekoran tumpuan kes yang tinggi dan peningkatan mendadak di kawasan tersebut.

Beliau juga berkata Kementerian Kesihatan berusaha menambah keupayaan saringan dengan perolehan mesin baharu yang dapat menguji 5,000 sampel setiap hari secara automatik dan juga kit ujian baharu.

Terdahulu beliau mengumumkan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,662 dan empat lagi kematian menjadi 61 jumlah korban.

Jumlah pesakit di ICU juga meningkat kepada 99 orang dan seramai 90 orang disahkan sembuh hari ini, katanya. – 5 April, 2020.

SAMA INGAT

MENGINGATI

----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingat mengingati!? kau macam ketam la isham.

Tanpa Nama berkata...

tt, kau taknak mesej geng sheraton ke? kenapa hardy wang dilantik jadi duta bertaraf menteri sekarang ni juga? tak boleh sabar ke? dah ada berlambak2 menteri dan timbalan menteri, ni tambah lagi sekor duta bertaraf menteri, berapa pulak gaji dan elaun tu?. jimat cermat lah sikit, selesai corona nanti dan bila ekonomi dah pulih, lantik lah hardy wang tu jadi timbalan perdana menteri terus. lantik duta luar bertaraf menteri sekarang ni boleh lawan covid19 ke? berlambak2menteri yg ada pun asyik tido jer. btw, menteri air suam mana pi? dah sonyap.