Sabtu, 16 Mei 2020

BERSATU AKAN LINGKUP






BERSATU AKAN

LINGKUP

MINGKUP


Umno tinggalkan Bersatu pada PRU15, kata sumber parti


UMNO tidak merancang untuk membantu Perikatan Nasional menjadi gabungan rasmi kerana ia hanya memberi tumpuan mengukuhkan Muafakat Nasional bersama PAS, kata sumber parti nasionalis Melayu itu.

Pemimpin akar umbi Umno sudah diarahkan untuk mengukuhkan hubungan dengan PAS ketika kedua-dua parti itu sedang berusaha mendaftarkan kerjasama mereka secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan (RoS).

Walaupun pemimpin mereka kini berada dalam kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, sokongan itu hanyalah sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 dan Umno merancang untuk bekerjasama hanya dengan PAS, MCA dan MIC.

Sementara itu, pegawai Bersatu dalam kem Muhyiddin berharap niat Umno sekarang tidak bertahan lama dan parti itu akan berubah nada menjelang PRU15 yang dijadualkan pada 2023.

Sumber dalam Umno juga tidak menolak kemungkinan ia berlaku, walaupun berkata peluang perubahan itu sangat tipis.

Semangat dalam Umno sekarang tinggi dan sukar menyakinkan pemimpin akar umbi dan ahli parti untuk bekerjasama dengan orang yang dianggap “pengkhianat Umno”.

“Orang terdesak sekarang adalah Bersatu, bukan Umno. Mereka perlukan kami lebih berbanding kami perlukan mereka,” kata pegawai Umno Selangor yang tidak mahu dinamakan.

“Kami dan sekutu kami dalam BN dan PAS yakin untuk bertanding dan menang PRU15 tanpa sebarang bantuan daripada Bersatu. Kami tak perlukan mereka jadi mengapa kami kena beri kerusi kepada mereka?”

Isu kebertahanan Bersatu dalam landskap politik negara sekali lagi jadi tumpuan selepas Mukhriz Mahathir hilang jawatan menteri besar Kedah selepas tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun negeri itu lagi.

Sebelum itu, Bersatu hilang jawatan menteri besar Johor kepada Umno apabila PN mengambil alih pentadbiran negeri selatan itu.

PN dibentuk selepas pentadbiran Pakatan Harapan yang berusia 21 bulan tumbang apabila Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada kerjasama politik itu.

Bersatu kemudian membentuk PN dengan Umno, PAS, MCA, MIC, beberapa parti Sabah dan Sarawak serta 10 ahli Parlimen yang keluar PKR.

Sejak menyertai PN, Umno berulang kali menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.

Situasi itu membangkitkan banyak persoalan tentang masa depan Bersatu kerana ia kini dilihat tidak dilibatkan dalam mana-mana kerjasama politik pada PRU15.

Bersatu dibentuk antara lain oleh Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad pada 2016 selepas mereka Umno kerana protes kepimpinan Najib Razak berkaitan skandal 1MDB.

Najib kini sedang didakwa di mahkamah berkaitan skandal kleptokrasi yang dianggap terbesar dan terburuk pernah disaksikan dunia itu.

Pada 2017, Bersatu yang kebanyakan ahlinya adalah bekas Umno, menyertai PH untuk menentang BN diterajui Umno pada PRU14.

PH berjaya merampas Putrajaya dan menyingkirkan BN yang berkuasa sejak Merdeka pada 9Mei 2020 menerusi PRU14. – 16 Mei, 2020.

HANYA SATU

PILIHAN 

WUJUDKAN

PARTI BARU

Tiada ulasan: