Ahad, 31 Mei 2020

MUHYIDDIN AKAN DIPECAT ?




MAKIN BERAT

MAKIN SERIK

BERSATU MAKIN

BERTERABUR


Tidak perlu terburu-buru pecat Muhyiddin, kata Marzuki


MESYUARAT Majlis Tertinggi Bersatu hanya dapat diadakan selepas 30 Jun untuk memutuskan sama ada akan memecat presiden parti Muhyiddin Yassin, menurut Marzuki Yahya.

Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Marzuki Yahya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian berkata ia akan dibuat kerana Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memutuskan bahawa semua pertubuhan adalah dilarang dari mengadakan sebarang program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung pertubuhan selaras dengan arahan dikeluarkan oleh kerajaan.

Marzuki memberitahu Sinar Harian bahawa parti itu tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan.

“Jadi kita tidak boleh buat sebarang mesyuarat dalam tempoh ini dan saya tak rasa benda ini perlu disegerakan.

“Begitupun apa yang menghairankan saya bagaimana mereka boleh mengadakan mesyuarat untuk melucutkan keahlian Dr Mahathir dan juga empat lagi ahli Majlis Tertinggi Parti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. 

Langkah itu dibuat selepas keahlian Dr Mahathir digugurkan serta merta apabila beliau tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin. 

Dr Mahathir adalah ahli pertama Bersatu, yang juga merupakan pengasas parti yang ditubuhkan empat tahun lalu.

Selain Dr Mahathir, empat Ahli Parlimen Bersatu yang juga duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu turut gugur keahlian mereka.

Mereka ialah Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Ketua Sayap Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu). – 31 Mei 2020.


APA AKAN

JADI JULAI

INI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: