Ahad, 31 Mei 2020

REBUT GHANIMAH





TIDAK PELIK 

DALAM BUDAYA

ARAB INI

DIPANGGIL

REBUT GHANIMAH

Melaka bergolak lagi?

MELAKA – Melaka yang baru sahaja menyaksikan pertukaran kerajaan negeri mungkin mengalami perubahan sekali lagi.

China Press melaporkan, pertelingkahan dalaman UMNO yang bertambah keruh menyebabkan tiga Exco dari parti itu berniat bertukar haluan.

Sumber memberitahu, orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, ada juga daripada kalangan empat bekas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bertukar haluan ke PN sebelum ini  menyimpan hasrat bertukar buat kali kedua.

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH yang menyebabkan kerajaan PH Melaka tumbang ialah Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Walau bagaimanapun, mereka yang mahu meninggalkan kapal PN tidak menyatakan keinginan menyertai PH. Pemimpin PH Melaka juga belum berbincang mengenai isu itu.

“Jika wakil rakyat ini berundur daripada PN yakni menyokong atau menyertai PH, maka dua kemungkinan boleh berlaku.

“Pilihan raya kilat boleh diadakan atau PH mungkin merampas semula pentadbiran kerajaan negeri. Kemungkinan pilihan raya adalah lebih besar.

“PN yang kekurangan kerusi boleh memilih untuk membubarkan DUN dan memanggil pilihan raya, tetapi kata putus terletak pada Yang Dipertua Negeri,” kata sumber.

Keadaan itu, kata sumber, mendorong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab. Rauf Yusoh berusaha menjadikan bekas Ketua Menteri, Mohd. Ali Rustam sebagai Yang di-Pertua Melaka.

“Abdul Rauf mempunyai kuasa yang besar dalam kerajaan negeri dan hampir semua pelantikan politik perlu menerima lampu hijau daripadanya,” katanya.

Sumber berkata, Exco kerajaan negeri memiliki kuasa pentadbiran yang terhad kerana kuasa dimonopoli Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Ali atau lantikan politik yang menyokong Abdul Rauf.

“Keadaan ini menyebabkan ADUN UMNO berasa tidak puas hati dan mendorong mereka berniat keluar parti,” katanya. – 


HAKIKATNYA

KERAJAAN 

LEMAH DI NEGRI

DAN

DI FEDERAL

MAKA PINTU

GHANIMAH 

TERBUKA LUAS

AMIN

Tiada ulasan: