Khamis, 14 Mei 2020

SELANGOR TETAP PAKATAN




SELANGOR 

TETAP PAKATAN

TAPI AWAS

AWAS APA?


Pakatan di Selangor sukar tumbang


KERAJAAN Pakatan Harapan Selangor sukar untuk tumbang kerana sokongan kuat yang masih diberikan 56 Adunnya, kata pegawai parti.

Cakap-cakap mengenai risiko tumbangnya kerajaan PH Selangor dan digantikan dengan Perikatan Nasional semakin kencang selepas tumbangnya PH di Kedah.

Malah, khabar angin bertambah marak yang Selangor akan tumbang kepada PN memandangkan ramai Adunnya daripada PKR adalah penyokong kuat Azmin Ali.

Antara 10 sehingga 13 daripada 21 Adun PKR dikatakan pernah setia kepada Azmin, bekas timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR Selangor lebih sedekad itu.

Azmin juga adalah bekas menteri besar Selangor daripada 2014 sehingga 2018, bekas pengarah pilihan raya PKR dan sehingga kini merupakan Adun Bukit Antarabangsa.

Pada hujung Februari lepas, Azmin dan sembilan ahli Parlimen daripada PKR yang setia kepadanya keluar parti. Mereka turut disertai Bersatu untuk keluar PH yang kemudiannya membentuk kerajaan PN.

Sumber PKR negeri memberitahu The Malaysian Insight yang dalam situasi paling teruk sekiranya semua Adun yang pernah setia kepada Azmin meninggalkan PH dan masuk PN, mereka masih kekurangan lima kerusi untuk membentuk majoriti dalam DUN Selangor.

Situasi itu akan berlaku sekiranya 13 Adun PKR tersebut keluar parti dan berganding bahu dengan 5 Adun Umno, 5 Adun Bersatu dan seorang Adun PAS untuk membentuk PN.

Walaupun begitu, 24 Adun tersebut masih tidak memenuhi majoriti mudah 29 Adun yang diperlukan dalam DUN Selangor untuk membentuk kerajaan negeri.

“Walaupun dalam situasi terburuk, mereka masih kurang (kerusi) kerana baki Adun PKR dikenali setia kepada Anwar Ibrahim,” kata pegawai PKR Selangor.

“Untuk mengambil alih Selangor, mereka perlu dapatkan kerjasama DAP dan Amanah, dan kedua-dua parti ini setakat ini memberi sokongan kepada PH.”

DAP mempunyai 16 kerusi, Amanah (8) dan PKR (21), PH memegang 45 kerusi DUN Selangor.

Mandat rakyat

PH tumbang di Putrajaya pada hujung Februari lalu disebabkan “Langkah Sheraton”, yang didalangi Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Azmin bersama-sama sembilan Ahli Parlimen PKR dan Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH untuk membentuk PN bersama Umno, PAS, MCA, MIC dan Gabungan Parti Sarawak.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac.

Selepas itu, dalam tempoh beberapa minggu sahaja, PH turut tumbang di Johor, Melaka dan Perak.

Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah berikrar terus bersama PH.

Tetapi, dalam tindakan mengejutkan dua hari lepas, dua Adun PKR dan empat Adun Bersatu di Kedah mengumumkan mereka hilang percaya kepada PH Kedah dan menyokong PN.

Perkembangan terbaru itu mencetuskan perubahan kuasa di Kedah dan tanda tanya sama ada akan berlaku perkara sama di Selangor kerana pengaruh Azmin di negeri itu.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim tidak menafikan wujud usaha menarik lapan Adun Amanah meninggalkan PH tetapi setakat ini semua wakil rakyat menolak menyertai PN.

“Amanah yakin dengan integriti Adun dan mereka akan terus menyokong PH dan menjunjung prinsip menghormati mandat rakyat,” kata Izham yang juga Adun Pandan Indah kepada The Malaysian Insight.

Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu berkata semua 16 Adun parti itu di Selangor akan terus menyokong Menteri Besar Aminuddin Shaari dan kerajaan negeri PH.

“Secara prinsipnya kami masih bersama PH. Kami tidak akan bekerja dengan orang lain yang mengkhianati mandat rakyat.” – 14 Mei, 2020.

AWAS 

RONNIE LIU

MANA MALAON

INI BERADA

AKAN JADI

HURU HARA

KHALAS

Tiada ulasan: