Khamis, 4 Jun 2020

BAHAYA BESAR PASCA KOBID




INI JUMLAH

RESMI BERDAFTAR

PULUHAN RIBU

TAK DAFTAR

KERJA SENDIRI

APA AKAN JADI

42% hilang kerja pada suku pertama tahun ini

BERIKUTAN pandemik Covid-19, kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42% untuk suku pertama tahun ini (Q1 2020), menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dalam laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of Covid-19 on Loss of Employment (LOE)’, SIP memaklumkan pandemik itu menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37% atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42%).

“Trend ini hanya dijangka meningkat dari April 2020, dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50% kepada 200% tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya pada 2020,” menurut laporan yang diterbitkan semalam.

Di samping itu, kadar pengangguran dijangka mencecah 4% pada 2020 berbanding 3.2% semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dan 3.7% ketika kegawatan ekonomi pada 2018.

Sementara itu, angka pemberhentian pekerja dijangka sama seperti ketika krisis kewangan Asia pada 1997 berikutan langkah pencegahan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) yang diambil kerajaan untuk mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

“Kadar pengangguran belia kekal stabil pada tahap lapan ke 11%. Bagaimanapun, mereka adalah demografi usia yang paling mudah terdedah kepada pemberhentian pekerja.

“Data LOE menunjukkan 61% kehilangan pekerjaan adalah dalam kalangan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah, dengan 31 hingga 40 tahun menyumbang 32% manakala pekerja di bawah 30 tahun sebanyak 29%.

“Pekerja lelaki lebih cenderung diberhentikan kerja berbanding pekerja wanita iaitu 60%, ini menggambarkan kenyataan bahawa terdapat lebih ramai pekerja lelaki daripada wanita dalam tenaga kerja,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut, daripada 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan Perkeso pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor berkaitan pelancongan manakala 1.457 juta bekerja dalam bidang pembuatan.

“Tidak menghairankan jika lebih daripada separuh perniagaan ditutup melibatkan majikan besar dengan lebih 200 pekerja dalam sektor pelancongan manakala sektor pembuatan memberhentikan paling ramai pekerja iaitu 23 peratus daripada jumlah keseluruhan untuk mengurangkan kos overhed selepas terpaksa menutup kilang-kilang mereka,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, majikan yang tidak memberhentikan pekerja mereka sedang melakukan langkah-langkah penjimatan kos dengan satu daripada kaedah popular ialah mengurangkan gaji terutama pekerja yang telah bekerja lebih daripada lima tahun kerana gaji mereka biasanya 45% lebih tinggi daripada pekerja baharu.

Pada kadar 41%, pekerja muda berusia 30 tahun dan ke bawah merangkumi majoriti pekerja aktif berdaftar dengan Perkeso, peningkatan enam peratus dari 2018. Daripada jumlah itu, 70%mempunyai pengalaman bekerja kurang daripada dua tahun.

Dalam pada itu, laporan itu menyebut peratusan pekerja berusia 40 tahun dan ke bawah yang berdaftar dengan Perkeso sebenarnya menurun sebanyak empat peratus pada 2019, daripada kalangan kumpulan ini, 84% bekerja lebih dua tahun di syarikat yang sama.

Sebanyak 79% kehilangan pekerjaan berlaku di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

“Selangor yang paling tinggi dengan 32%, namun perlu diperhatikan bahawa 30% daripada kesemua pekerjaan berada di Selangor, mewakili peningkatan enam peratus berbanding 2018. Lebih membimbangkan adalah Kedah yang menyumbang satu daripada enam kehilangan pekerjaan walaupun menempatkan sejumlah kecil majikan.

“Kehilangan pekerjaan di Johor kebanyakannya dalam sektor perkilangan dengan 37% dan industri berkaitan pelancongan sebanyak 36%,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan di negeri seperti Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan, kehilangan pekerjaan tertumpu kepada industri berkaitan pelancongan manakala negeri lain termasuk Putrajaya melibatkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Sarawak (pembinaan), Pahang (sektor lain yang tidak dikelaskan), Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu (semua pembuatan).

“Rata-ratanya, setiap majikan mempunyai 15 pekerja asing untuk setiap pekerja yang diberhentikan. Nisbahnya lebih tinggi di syarikat besar dengan lebih 200 pekerja dengan 69 pekerja asing bagi setiap pekerja yang diberhentikan,” menurut laporan itu.

Kehilangan pekerjaan berdasarkan negeri dan Wilayah Persekutuan melibatkan sektor pembinaan, kewangan dan insurans, ICT, pembuatan, profesional dan teknikal, berkaitan pelancongan dan sebagainya, merekodkan Selangor sebanyak 6,128, Kuala Lumpur (4,959), Johor (1,457), Kedah (1,297), Pulau Pinang (1,296), Sabah (1,183), Sarawak (845), Perak (727), Pahang (428), Melaka (284), Kelantan (196), Terengganu (171), Negeri Sembilan (159), Perlis (55), Labuan (38) dan Putrajaya (17). 

Laporan itu turut memaklumkan bahawa sebagai usaha mengelakkan pemberhentian, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM14.05 bilion untuk membiayai program ERP dan PSU di samping meningkatkan manfaat SIP.

Permohonan PSU menunjukkan 79% daripada perniagaan tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasil jualan menurun.

“Kira-kira 7% syarikat tidak dapat bertahan untuk lebih enam bulan pada rizab semasa sekiranya prospek tidak meningkat.

“Lebih daripada 90% majikan merasakan perniagaan mereka terjejas dengan krisis ekonomi yang dikaitkan dengan Covid-19, daripada jumlah itu, 93% merasakan langkah diambil kerajaan membantu mereka untuk terus bertahan,” menurut laporan itu. – Bernama, 4 Jun, 2020.


APA AKAN

JADI DG BURUH

PENDATANG

MEREKA AKAN

MENCURI

MEROMPAK

MENYAMUN

MELACUR 

JUAL DIRI

UNTUK HIDUP

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebab dia tahu M'sia ni masih kaya lah Sham diorang bergerombolan datang cari makan kat M'sia ni!!!