Sabtu, 6 Jun 2020

DANA KERAJAAN - KITA SOKONG




DANA SAMPAI

KITA SOKONG

TAPI... TAPI

NAK TANYA DARI

MANA DATNG

DUIT INI ?

DARI PIJAMAN

DARI SUKUK

JULA BON

ATAU...

DAPAT DARI QE?

JENG JENE JENG

Q.E KE ?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

Muhyiddin umum RM35 bilion untuk jana semula ekonomi

PERDANA MENTERI Muhyiddin Yassin mengumumkan dana RM35 bilion untuk menjana semula ekonomi yang terjejas ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak RM10 bilion daripada jumlah itu merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan yang nmelibatkan 40 inisiatif, katanya dalam siaran langsung petang ini.

Skim dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan 40 inisiatif itu dilaksana dengan tiga teras – Memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan merangsang ekonomi, katanya.

Katanya, ia termasuk dalam peruntukan RM9 bilion untuk memanfaatkan tiga juta pekerja, termasuk Perluasan Program Subsidi Upah dengan melanjutkannya semalam tiga bulan lagi.

Di bawah skim itu, subsidi upah RM600 sebulan diberikan kepada setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat.

Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion pula menyediakan insentif RM800 gaji bagi penganggur bawah 40 tahun dan RM1,000 untuk penganggur berusia lebih 40 tahun dan OKU.

Golongan terpinggir seperti OKU dan ibu tunggal juga akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM300 yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha, katanya.

Beliau juga mengumumkan pengecualian cukai bagi pembelian kereta baharu dan baucar e-dompet bagi menggalakkan perbelanjaan dalam negara, yang terjejas teruk akibat usaha menangani Covid-19.

Jelasnya, dana berkenaan akan digunakan untuk menjamin pekerjaan untuk golongan muda dan pekerja yang hilang pekerjaan.

Pakej berkenaan turut meliputi geran mikro untuk perniagaan kecil dan skim untuk membolehkan mereka menggunakan teknologi bagi menjual produk dan perkhidmatan dalam talian.

Kerajaan juga tidak akan mengenakan cukai selama 15 tahun untuk pelaburan baharu dalam bidang pembuataan dan aset tetap bernilai RM500 juta ke atas, katanya.

Selain itu, kerajaan akan memberi geran kepada pengusaha taman asuhan kanak-kanak untuk memastikan pusat tersebut mematuhi SOP apabila dibuka semula.

Cukai pelancongan juga akan dikecualikan bagi tempoh 1 Julai hingga 30 Jun 2021, kata Muhyiddin.

Bagi merangsang pembelian rumah dan sektor harta tanah, kerajaan akan memperkenalkan semua Kempen Memiliki Rumah, katanya.

Ia merupakan tambahan kepada dana RM260 bilion yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan terdahulu, Prihatin Rakyat dan Prihatin PKS Tambahan.

Katanya, langkah itu bagi menghadapi penguncupan ekonomi dan dan pengangguran yuang dijangka meningkat kepada 5.5% atau lebih 860,000 orang sepanjang 2020. – 4 Jun, 2020.


Q.E

BUKAN

QUEEN ELIZEBETH
Pelonggaran kuantitatif telah dijuluki "mencetak wang" oleh beberapa anggota media, bank pusat, dan penganalisis kewangan. ... Dengan QE, wang yang baru dibuat biasanya digunakan untuk membeli aset kewangan selain bon kerajaan

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap bilion billion, tapi siapa dapat siapa tak dapat, kalau tanya semua cakap tak dapat, nak tanya adakah billion ini diguna membeli sokongan Why Bee? kah kah kah dulu kata nak bagi hamper rm 100 akhirnya dapat hamper rm 30, ingat masa susah boleh lah dapat tanpa potongan cukai Why Bee tapi rakyat hampeh, bagi sepuluh hinggit pon serbu kah kah kah, stimulus macam tarak apa apa, TNB hantar bil beribu ribu lemon sampai terduduk terberak terkentut kah kah kah asal ada sokongan ada duit semua jadi Malaysia ku yang aman damai kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Selain daripada QE, cuba kira-kira, dari mana sumber-sumber yang kerajaan boleh kaut untuk bagi kat rakyat dengan jumlah macam tu? Pelik kan? GLC-GLC pun dah tak mampu.... Tapi dengan senang hatinya kerajaan "menderma" pada rakyat.... okay lah, untuk gerakan ekonomi... tapi dari sumber mana yea?