Ahad, 19 Julai 2020

BETUL KE BERITA INI?





BERITA

SERAMPANG

DUA MAKNA

Hanya ada Muafakat Nasional di Gombak, kata Umno dan PAS bahagian

UMNO dan PAS Gombak hanya akan menjalinkan kerjasama politik atas nama Muafakat Nasional, umum ketua bahagiannya, selepas menganggap ahli Parlimen mereka yang juga menteri di Putrajaya Mohamed Azmin Ali membelakangkan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) di Selangor.

Umno dan PAS Selangor sebelum ini mempersoalkan tindakan Azmin tidak melibatkan wakil rakyat mereka dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan di peringkat negeri dan daerah.

Yang di-Pertua PAS Gombak Salehuddin Mohd Nasir berkata tindakan Azmin itu membayangkan ada usaha mahu mengetepikan Muafakat Nasional di Selangor.

“Saya perasan ada gerakan yang halus dan saya pun tidak tahu, Azmin ini parti apa. Dia bergerak sebagai (parti) apa?,” katanya dalam satu temubual di laman Facebook Gombak TV, kelmarin.

Azmin bersama sembilan ahli Parlimen bekas PKR yang bersama-sama menyokong gabungan Perikatan Nasional sejak hujung Februari setakat ini belum lagi secara sah menyertai Bersatu.

“Yang bekas wanita PKR, mereka bergerak atas NGO, Nation of Woman atau Wanita Negara. Mungkin itu perancangan di pihak mereka. Pengundi di Gombak tidak boleh terima orang yang tidak tetap seperti  ini,” tambah Salehuddin.

Azmin adalah ahli Parlimen Gombak sejak 2008.

Menurut Salehuddin, keputusan PAS itu sudah dimaklumkan kepada setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham, yang juga wakil rakyat Gombak Setia, kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Gombak.

“PAS kawasan Gombak mesyuarat dan kini memutuskan serta memaklumkan kepada Hilman Idham bahawa PAS Gombak akan bekerjasama secara politik dengan Umno Gombak atas nama Muafakat Nasional.

“Hilman menjawab beliau memahami perkara itu,” katanya.

Salehuddin berkata beliau mengingatkan Hilman segala bantuan yang disalurkan melalui ahli Parlimen bagaimanapun adalah hak rakyat.

Sementara itu Ketua Umno Gombak Megat Zulkarnain Omardin berkata Azmin “buat benda pelik” apabila tidak melibatkan wakil rakyat Umno dan PAS dalam mesyuarat penyelarasan pembangunan itu.

“Apabila Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg)  Selangor beliau seorang saja buat benda pelik.

“Pengerusi MTPNg di tiga negeri… Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah panggil Ahli Parlimen dan Adun PN untuk mesyuarat tetapi Azmin, wakil PN tak panggil… yang dipanggil adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari,” katanya.

Majlis tindakan pembangunan negeri adalah agensi pelaksana pembangunan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

“Azmin mungkin dia masih keliru dia dengan PH atau PN.

“Tetapi tidak apa, jika dia tidak akui PN di Selangor, kami juga tidak mahu berurusan dengan bekas ahli PKR di Gombak,” tambah Megat Zulkarnain.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil minggu lalu mempersoalkan tindakan Azmin tidak menjemput wakil rakyat pembangkang ke dua mesyuarat berasingan penyelarasan pembangunan Selangor dan Gombak yang dipengerusikan oleh menteri itu.

Hal sama juga dibangkitkan oleh Pengerusi Umno Selangor Noh Omar yang mempersoalkan kedudukan politik Azmin.

“Adakah menteri besar Selangor kini menyertai kerajaan PN? Atau adakah Azmin menganggap beliau masih menteri besar Selangor dari PH?,” tanyanya dalam satu tulisan di Facebook.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi pula dalam komennya minggu lalu meminta Azmin tidak mengeruhkan hubungan dalam PN di Selangor. – 18 Julai, 2020.


LAWAN LAWAN

TIDAK ADA

PILIHAN 

MAKA AKAN

MUNCUL PARTI

BARU

AMIN

1 ulasan:

shahari berkata...

Kalau keadaan semua tidak menentu guna kuasa sultan sepenuhnya untuk memilih siapa MB dan jentera pentadbiran selangor begitu juga negara