Khamis, 9 Julai 2020

KES JANDA BAIK MELETUP




CISS KES

JANDA BAIK

MELETUP ATAU

MASIH 

MENGERAM 


Ada apa 

dengan Janda Baik?


KUALA LUMPUR: Khabar angin kencang dengan dakwaan seorang ahli politik kanan sedang merencana sesuatu dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, namun seperti biasa desas-desas itu belum dapat disahkan.

Banyak dakwaan berlegar dalam khabar angin itu daripada orang yang diketahui tidak menyukai ahli politik kanan itu.

Ada satu nama tempat yang disebut-sebut di blog dan Twitter sejak 2 minggu lalu, iaitu Janda Baik, sebuah perkampungan di kaki banjaran Pahang, 1 jam dari Kuala Lumpur.

Pemukiman politik selalu diadakan di Janda Baik, seperti pusat latihan Umno yang merumuskan banyak strategi mutakhir ini. Selain itu, ia menjadi tempat untuk melarikan diri daripada kegilaan ibu kota, berlatarkan gunung-ganang dan suasana kampung.

Semasa PKP, Janda Baik, seperti kebanyakan tempat percutian lain, diabaikan, menyebabkan kerugian besar bagi inap desa dan kemudahan rekreasi.

Tetapi nampaknya ia menarik perhatian golongan tertentu, termasuk penulis blog politik, Hishamuddin Rais yang mengirim pesanan tersirat mengenai Janda Baik.

Bekas aktivis pelajar ini hidup dalam buangan selama beberapa dekad sebelum pulang ke tanah air pada 1990-an. Beliau terkenal dengan catatan sinis di blog, Tukar Tiub.

Tetapi ketika dihubungi, lelaki berusia 69 tahun itu enggan mengulas obsesinya dengan Janda Baik.

Komen ringkas yang diberikan pun seperti biasa penuh sindiran dan tidak mencerahkan gosip politik yang sedang berlegar.

“Saya tidak mempunyai komen tetapi jika selepas Covid-19 lenyap anda ingin pergi bercuti, saya mencadangkan Batu 8, Teluk Kemang di Port Dickson atau Janda Baik, yang lebih mahal dari Port Dickson tapi lebih dekat dengan Kuala Lumpur,” katanya kepada FMT.

Beliau kemudian menceritakan betapa pentingnya Janda Baik dalam politik Malaysia, seperti mesyuarat Umno pada 2015 yang dihadiri Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi, ketika itu menteri kanan Kabinet Najib Razak.

“Di sinilah kali pertama Muhyiddin membangkitkan isu 1MDB dalam ucapannya.

“Kalau Zahid bergabung dengan Muhyiddin, mereka boleh gulingkan Najib. Muhyiddin akan jadi PM dan Zahid DPM,” kata Hishamuddin.

Perincian daripada sumber lain juga samar-samar, dan masih banyak yang belum disahkan.

Tetapi, seorang orang dalam yang rapat dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yakin ada sesuatu sedang berlaku – dan ia “tiada kaitan dengan seorang janda yang baik”, katanya.

“Begitulah selalunya di Malaysia, terutama ketika bercakap mengenai masa depan ahli politik dan parti politik.

“Ia berlaku pada 80-an, 90-an, dan baru-baru ini pada Februari ketika kerajaan tumbang walaupun menang pilihan raya,” kata ahli Parlimen dari sebuah parti politik yang penting.

Selagi khabar angin ini masih boleh ditahan-tahan, Janda Baik akan terus dikenang sebagai kawasan kampung yang damai dan menakjubkan.

HEBOH HEBOH

KALAU NAK

ENJOY DE MENJOY

JANGAN BUAT

BISING

MENJERIT

TERLOLONG

NANTI JIRAN

MARAH

NAIK ANGIN

ALIEN PUN

AKAN DATANG

KAH KAH KAH

3 ulasan:

thru d'eye berkata...

Giler ahhh...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Islam yg syumul ni tak habis2 lagi buat hal. Penyokong2 taksubnya masih buta. Ini memang giler doh

Tanpa Nama berkata...

ILMU