Khamis, 23 Julai 2020

NAJIB DAN ALTANTUYA





CUN CUN CUN

SEMUA TERATUR

28 JULAI 2020

NAJIB JATUH 

HUKUM

KEMUDIAN BUKA

KEMBALI KES

ALTANTUYA

AMIN

Kes dokumentari Altantuya, tindakan terhadap Astro bermula 2016

PEJABAT Peguam Negara mengeluarkan arahan seawal 2016 untuk syarikat penyiar satelit Astro didakwa kerana menyiarkan dokumentari Al Jazeera berkenaan pembunuhan kontroversi model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2015.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesyorkan untuk mengenakan kompaun terhadap Measat Broadcast Network Systems Bhd (Astro), bukannya mendakwa mereka di mahkamah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata satu kertas siasatan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara pada Disember 2015, dan pada 5 Januari, 2016, SKMM diarahkan mendakwa Astro mengikut Seksyen 211 Akta SKMM.

“Pada 8 Januari 2016, SKMM mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula keputusan mendakwa, sebaliknya mencadangkan Measat Broadcast dikompaun,” katanya dalam satu kenyataan.

SKMM berkata cadangan itu dipersetujui dan SKMM diarahkan untuk menyediakan izin mengkompaun serta menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kes ditaklimatkan semula kepada timbalan pendakwa raya pada 31 April, 2019 dan 4 Jun, 2020. Arahan mengkompaun dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 23 Jun 2020. Tawaran mengkompaun bertarikh 1 Julai, 2020 dikeluarkan oleh SKMM kepada Astro.

“Measat Broadcast mempunyai pilihan untuk menerima tawaran kompaun, mengemukakan rayuan atau menolak tawaran kompaun,” kata SKMM. – 23 Julai, 2020.


AZILAH SIRUL

POLIS PENEMBAK

TAPI SIAPA

BERI ARAHAN

BUNUH 

ALTANTUYA

JENG JENG JENG

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada ke pokjib terhukum? Takde pong.. Mana ada org bangsawan bila bunuh merompak merasuah akan terima balasannya dari tuhan. Anak yatim, tahfiz ustat2 smua dah dibayar la suruh doa hari2. Takkan la allah nak hukum. Doa diaorang sampai woo.
Lain la rakyat marhain.. Curi roti pun masuk jel.tak sempat kenyang pun. Sudah dpt balasan. Kkhakahlah