Khamis, 23 Julai 2020

TABEK HORMAT PADA ADUN BERANI



SALUT TABEK

INI PROJEK 

NAK JATUHKAN

SHAFIE AFDAL
 

Sering diganggu ‘ejen’ pujuk keluar parti, ADUN lapor polis

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong semalam membuat laporan polis selepas menerima beberapa panggilan telefon serta pesanan menerusi aplikasi Whatsapp yang menurutnya amat ‘menganggu’.

Katanya beliau menerima banyak pesanan menerusi Whatsapp sejak 19 Julai lepas dan panggilan telefon sejak 20 Julai lepas dari individu yang mendakwa sebagai ‘ejen’, memujuk beliau meninggalkan parti DAP yang dianggotainya sejak tahun 2009.

Hari ini merupakan kemuncak kemarahannya apabila beliau menerima satu panggilan telefon pada pukul 5.50 pagi, dan amat terperanjat apabila ada individu yang datang ke rumahnya kira-kira satu setengah jam kemudian bagi tujuan sama.

“Saya amat terganggu dengan cubaan sebegitu, telefon saya menerusi nombor peribadi pada masa yang tidak sesuai dan datang ke rumah pada masa anak saya sedang sakit. Ini tidak boleh jadi, kerana bukan sahaja ia menganggu ketenteraman saya, tapi juga keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan di sini.

Chong berkata beliau sudah bosan dengan pelbagai cubaan, menawarkan pelbagai janji, termasuk wang tunai, dalam usaha mempengaruhi beliau supaya meninggalkan DAP.- BERNAMA

YB CALVIN CHONG

CONTOH TERBAIK

WAKIL RAKYAT

UNTUK NEGARA

AMIN

1 ulasan:

cikminah berkata...

YB.Calvin Chong siang malam dipujuk rayu dgn janji manis samada melalui telefon atau datang sendiri bersemuka, sehingga dia bosan dan buat laporan polis. Harap dia tak ditangkap.polis atas tuduhan buat laporan pelesu pulak!
Lain pula kesnya dgn YB.Syed Saddiq. Siang malam, termasuk waktu sidang Parlimen, dia dipanggil MACC ke ibu pejabatnya. Disoslsiasat sampai 11 jam mengalahkan agen Potpot, di zaman kominis di Kemboja.
Kalau iman tak kuat, memang mudah mengaku kalah. Begitulah seksanya hidup menjadi YB Pembangkang di zaman COVID19.
YB macam nilah yg kita nak undi. Bukan jenis yang mudah istihar, saya sudah hilang kepercayaan.kpd pucuk kepimpinan!