Khamis, 13 Ogos 2020

BERKHALWAT 149







KHALWAT 149
HARI INI KHAMIS 13/8/2020
KITA  MASUK KE HARI 148 
BERKHAWAT

DUNIA MASIH KELAM KABUT
AMERIKA AUSTRALIA BRAZIL
DALAM GAWAT
ANGKA WARGA TEWAS
TERUS MENINGKAT

KITA DI MALAYSIA
MASIH BERTAHAN
PASOKAN DEPAN
SEDANG BERTARUNG

PARLIMEN KITA SEDANG BERSIDANG
MEMBINCANG
BUJET KOBID

SEBELUM MEMBUKA
PINTU  MASUK HOKKIEN
GUA DENGAR KICUAN MURAI
MEMANG INDAH
BISING TAPI MANIS

MASUK HOKKIEN
MATAHARI DAH KELUAR
UDARA NYAMAN SEGAR
BANGUNAN TINGGI
DI KUALA LUMPUR
DIPANAH MATAHARI PAGI
INDAH

LORONG AWAL HOKKIEN 
GUA HANYA DISAMBUT
OLEH SIMPONI CENGEKRIK

BUMI
LEMBAB DAN BASAH
ADALAH SUASANA
YANG MOLEK UNTUK CENGKERIK
BERLAGU

GUA PASANG TELINGA
JELAS
ADA BEBERAPA JENIS CENGKERIK
MACAM MANA RUPA
DUDUK DALAM LUBANG APA
MACAM MANA
GUA TAK TAHU

ARAB KATA
MA BA ARIF

KADANG KADANG KITA RASA
KESAORANGAN
TERUSKAN KERJA TUGAS
PASTI SATU KETIKA
KAWAN YANG TAK PERNAH DIKENALI
AKAN DATANG MENJENGOK

DALAM HIDUP INI
ADA HUKUM YANG WAJIB
KITA KETAHUI

ADA PEKARA BOLEH KITA KAWAL
ADA PEKARA DILUAR KAWALAN
BILA DAH FAHAM INI
MAKA JIWA KITA JADI TENANG
DAN
LUARAN KITA CERGAS 
 BERGERAK

KALAU ADA KAWAN
YANG  KATAKAN INI SALAH 
MAKA KITA AKUR
TAKDA SIAPA ROSAK BINASA
YANG BAWA ROSAK
IALAH 
SOSOK YANG TIPU DIRI
DAN 
MENOLAK PENCERAHAN
YANG MACAM INI
 AKAN BAWA MASALAH

KALAU DI MERATA MERATA
SEBENARNYA
KITA TIDAK DIMANA MANA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: