MADEY JEMPUT
KITA SEMUA
SAMA BERJUANG
LAWAN RASUAH
AMIN
Masuklah parti Pejuang kalau benci rasuah, kata Dr Mahathir
DR Mahathir Mohamad malam ini menyeru bekas ahli Bersatu dan rakyat Malaysia yang benci rasuah untuk menyertai parti baharu yang sedang beliau dan beberapa pemimpin lain tubuhkan.
Parti baharu itu, katanya, tidak menjanjikan ganjaran kebendaan kepada mereka sebaliknya menawarkan peluang untuk bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada dirosakkan oleh rasuah.
“Inilah parti kami yang kami namakan Parti Pejuang Tanah Air,” katanya, mengumumkan nama rasmi parti itu di Slim River, Perak, malam ini.
Parti baharu ini akan berjuang melawan rasuah dan politik yang berasaskan wang semata-mata, tambahnya.
“Parti ini mesti bersih. Dia bukan parti apa aku dapat,” tambahnya.
“Parti aku dapat” adalah momokan Dr Mahathir dan penyokongnya parti pimpinan Muhyiddin Yassin sejak presiden Bersatu itu membawa parti keluar dari Pakatan Harapan pada hujung Februari lalu.
“Saya harap mereka yang sudah tinggal Bersatu, mereka yang sudah jadi blackout, boleh sekarang ini cerah balik, masuk Parti Pejuang Tanah Air. Inilah parti kita,” kata Dr Mahathir.
Ketika krisis kepimpinan dalam Bersatu memuncak, penyokong Dr Mahathir menggerakkan kempen “Bersatu Blackout” dengan menghitamkan bendera merah putih parti itu sebagai tanda bantahan kepada Muhyiddin.
Dr Mahathir membuat seruan itu pada majlis memperkenalkan calon partinya bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, yang ditetapkan pada 29 Ogos ini.
Beliau turut membacakan tulisannya “Parti Baharu - Pejuang” yang dikarang seperti sajak, yang disiarkan di blognya beberapa petang tadi. Tulisan itu secara ringkas menjelaskan sebab-sebab penubuhan parti baharu itu.
Sebelum mengumumkan nama parti baharunya, Dr Mahathir menyerahkan watikah pencalonan kepada peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang akan mewakili parti itu.
“Oleh sebab parti ini belum didaftarkan, maka calon kita adalah calon bebas tetapi dia adalah calon parti kita,” katanya.
Pengumuman calon itu dibuat beberapa jam selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon mereka iaitu timbalan ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43.
Dr Mahathir juga menjelaskan beliau bukannya berminat untuk menubuhkan parti baharu tetapi parti Bersatu yang asal, yang beliau ikut sama menubuhkannya, telah dirampas oleh Muhyiddin.
“Kita tubuhkan parti ini bukan untuk memecahkan orang Melayu lagi, tetapi untuk memberi tempat kepada orang Melayu supaya dapat memilih sebuah parti yang berjuang untuk mereka, untuk rakyat, dan bukan untuk apa aku dapat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil DUN Slim pada Sabtu ini, dengan tempoh kempen dua minggu sebelum pengundian pada 29 Ogos. – 12 Ogos, 2020.
MARI BERJUANG
LAWAN RASUAH
BUKAN MARI
ENJOY DE MENJOY
MANDI LAUT
DI PORT DICKSON
ATAU
BECUTI KE CHALET
JANDA BAIK
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan