Sabtu, 26 September 2020

ANWAR JUMPA AGONG

 


BILO BILO BILO

DEN DAH TAK SABA

KAH KAH KAH

JANGAN LAMBEK

NANTI CAIR MOLELEH

KAH KAH KAH


Anwar tidak mengadap Agong hari ini – Setiausaha Politik

KUALA LUMPUR – Presiden PKR,  Anwar Ibrahim dan isteri,  Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai sebarang program berkaitan dengan pihak Istana Negara, hari ini.

Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tarikh sebenar majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada,” katanya secara ringkas kepada MalaysiaGazette melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan penyebaran poster palsu mengenai Upacara Mengangkat Sumpah Perdana Menteri kesembilan yang menggunakan logo dengan tulisan AMK di media sosial.

Menurut Setiausahanya, Ahmad Syukri Razab yang mengesahkan poster palsu itu kerana ia tidak menggunakan logo rasmi AMK Malaysia.

Rabu lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media tergempar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh lagi meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Menurut Anwar, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Susulan itu, Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan menegaskan parti itu tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Anwar bagi menghadap YDPA.

Ahmad Zahid menegaskan, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazet


 JANGAN BUEK

PLUTO BONGAK

NIPU KOJO KAO

KAH KAH KAH

RAMAI NAK BOLI

NUMBO

KAH KAH KAH

NUMBO YANG ADO

PADA NUAR

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: