LAPOR POLIS
LANGKAH TEPAT
AMIN
JANGAN BENAR
MENGHINA AGONG
AMIN
HINA AGONG MAKNANYNYA MENGHINA
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
AMIN
WASPDA ANWAR
AKAN DINOBAT
MENJADI PM
MINGGU DEPAN
AMIN
JANGAN ADA
SESIAPA BERANI
HINA PELEKEH
PEMIMPIN ISLAM
KAH KAH KAH
Pemimpin tertinggi setuju adu Shamrahayu pada polis, kata Pemuda PKR
TINDAKAN sekumpulan pemimpin Pemuda PKR membuat laporan polis ke atas seorang pensyarah undang-undang Prof Shamrahayu Ab Aziz menerima reaksi berbeza dari pemimpin parti.
Ada yang menganggap laporan polis itu tidak patut dibuat kerana hanya melibatkan perbezaan pandangan tetapi ada juga kalangan pemimpin parti yang merestuinya.
Laporan polis itu dipertahan Naib Presiden Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman yang memberitahu The Malaysian Insight, para pemimpin parti merestui tindakan tersebut.
“Pimpinan tertinggi PKR bersetuju dan kami tiada halangan untuk laporan ini,” katanya.
Beliau mengulas laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban semalam yang mendakwa pandangan Shamrahayu itu memperlekehkan peranan Yang di-Pertuan Agong.
Ia berkaitan pandangan pensyarah itu yang tidak setuju Anwar menghadap baginda untuk mempersembahkan bukti sokongan majoriti untuk mengambil alih kerajaan.
Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara itu, Anwar perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti terlebih dahulu sebelum menghadap baginda.
Menurut Shamrahayu, hanya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin layak menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana masih perdana menteri yang sah.
S Thiban dalam laporan polisnya mendakwa kenyataan itu memperkecilkan peranan baginda sebagai ketua negara.
Padahal, baginda pernah menerima Anwar menghadap dalam majlis terdahulu, kata Thiban.
Ia dikritik seorang senator PKR Yusmadi Yusoff yang berpendirian, laporan polis tidak sepatutnya dibuat atas perbezaan pandangan dengan pensyarah itu.
“Saya tidak bersetuju dengan tindakan ini. Perbezaan pandangan boleh dibuat mana-mana individu apatah lagi seorang ahli akademi.
“Biar rakyat dan terutama sekali mereka daripada akademik menilai pandangan tersebut,” tulisnya di laman Twitter.
Pandangan serupa dinyatakan penganalisis politik Lim Hong Siang yang berpendapat, Pemuda PKR sepatutnya hanya membuat kenyataan balas untuk menyanggah kenyataan Shamrahayu.
Katanya, polis tidak perlu dilibatkan dalam perbezaan pendapat seperti itu.
“Kalau kenyataan dia bodoh kau sanggah sajalah…
“Untuk apa kau mohon campur tangan polis untuk sekat dia dengan menggunakan jentera negara, AMK sejak dulu mengecewakan,” tulisnya di Facebook.
Turut mengulas, seorang peguam muda Lim Wei Jiet yang juga kecewa kerana polis dilibatkan dalam isu perbezaan pandangan tersebut.
“Sungguhpun ramai yang amat tidak bersetuju dengan pandangan Prof Shamrahayu, hak bersuara dan kebebasan akademik harus dipertahankan. Saya saran untuk laporan ini ditarik balik,” katanya.
Pada masa sama PKR semalam mengeluarkan amaran agar pertemuan Anwar, yang sudahpun diperkenankan oleh baginda tidak dihalang.
“...(Usaha menyekat pertemuan ini) satu tindakan malampaui batas dan tidak menjunjung amalan demokrasi.
“Ini sangat bertentangan dengan hasrat Seri Paduka Baginda yang jelas membuka pintu kepada rakyat disamping meneliti dengan terperinci segala isu berkaitan perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan dahulu.”
Parti itu menegaskan, hak Anwar untuk menghadap baginda wajar dihormati semua pihak dan parti itu juga menghormati hak semua pihak termasuk ahli akademik untuk menyuarakan pandangan.
Istana Negara mengesahkan Anwar sepatutnya menghadap baginda pada Selasa namun tidak dapat berbuat demikian kerana baginda gering.
Pada keesokan harinya, Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan sejumlah ahli Parlimen parti itu tidak menyokong Muhyiddin dan beliau tidak dapat menghalang mereka menyokong Anwar.
Menurut Istana Negara, baginda dinasihatkan mendapat rawatan selama seminggu di Institut Jantung Negara dan tidak akan menerima sesiapa menghadap dalam tempoh itu. – 26 September, 2020.
PENGAJARAN
1 ulasan:
minggu dpn???
wahhh.. ini betul2 pecah berita..!
tak sabar nak tunggu minggu dpn..
nurul izzah.. minggu dpn ye sygg..
Catat Ulasan