Isnin, 7 September 2020

AWAS BAHAYA BESAR





AWAS

KEMPEN NANTI

BAHAYA BESAR

Kluster Benteng LD penyumbang terbesar jangkitan Covid-19 hari ini


KLUSTER Benteng Lahad Datu (Benteng LD) di Sabah menyumbang lonjakan besar dalam kes Covid-19 di negara ini apabila melaporkan 50 jangkitan baharu dalam 24 jam terakhir.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan dalam kluster berkenaan kini seramai 66 orang.

Menurutnya analisa risiko menunjukkan bahawa ruang sesak dan sempit serta kekurangan jarak fizikal antara tahanan merupakan penyebab terjadinya lonjakan kes baharu.

Kes indeks kluster yang dikesan pada 1 September adalah dua pekerja asing tanpa izin yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada 24 Ogos. 

Beliau berkata seramai 1,404 orang menjalani saringan dalam jangka masa seminggu.

Malah katanya pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat juga dilakukan.

Daripada 66 kes, 64 merupakan banduan.

Satu kes melibatkan pegawai penjara sementara yang lain merupakan anak saudara pegawai yang dijangkiti. – 7 September, 2020.


POLITIKUS 

BAWA

PULANG 

MINAH KOBID

DAN

MAMAT KOBID

DARI SABAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tetiba kes kobid kat sabah melonjak, apa kabar malikul sembab? mcm nak tangguh PRN sabah jer kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Bila Kobid serang mana manusia manusia cerdik, yang pandai atur politik, yang pandai strategi khianat, yang pandai langkah Sheraton, yang beli sokongan setiap hari,yang sibuk kempen hulur hilir, apa mereka buat pasal Kobid selain umum depan TV? fasa pertama wah bukan main wayang tinggi di media sosial, hantar Mask, hantar sanitasi, hantar makanan, sekarang tak nampak, sebab sibuk bab politik, siapa masuk siapa keluar, macamana main catur game check mate, apa isu nak atur kah kah kah.meluat wei kah kah kah