Khamis, 24 September 2020

BERKHALWAT 194

 


KHALWAT 194

HARI INI 24/9/2020

KITA MASUK KE HARI 194
BERKHALWAT
BETUL KE ?
GUA DAH TAK PASTI
SILA BANTU SAPA 
YANG ARIF

KOBID MASIH MENYERANG
DI SABAH NAMPAKNYA
SERANGAN DAPAT DIPATAH
TAPI TAK LAMA LAGI
RAMAI WARGA SEMENANJUNG
AKAN PULANG DARI BERKEMPEN
AWAS

PAGI INI HOKKIEN 
CERAH BASAH SEGAR
HUJAN DAN ANGIN KUAT
PETANG DAN MALAM
MENJADIKAN CUACA PAGI INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
MENYINAR TERANG
CAHAYA PAGI ENAK PADA KULIT
SINAR MATAHARI
MUNTAH  TERPECIK
KE BANGUNAN 188

SIMPONI CENGEKRIK
 BERMAIN LIGAT
DENGAN LATAR
NYANYIAN TERKUKUR

SEBUAH LORI MASUK
TAK TAK DUDUK TENGAH  JALAN
TAK AMBIL POT 
MACAM SISWA MENENTANG
KERETA KEBAL DI TIANAMEN 1989
TAPI AKHIRNYA TAK TAK 
UNDUR KE TEPI
KAH KAH KAH

KITA IALAH KITA
YANG CEMERLANGAN
KECERMERLAGAN KITA
 BUKAN LAKONAN
TAPI TABIAT PERANGAI

SENYAP  SEPI
BIARKAN SUARA KITA
LEBIH SENYAP DARI SEPI
DUA PERKATAAN PALING TUA
DAN PALING PENDEK
IALAH
IA  DAN TAK
SEBELUM MENGELUARKAN
PERKATAAN INI KITA PERLU 
MASA BERFIKIR

KITA SELALU MENYESALI
APA KITA KITA CAKAP
TAPI
TAK PERNAH SESAL
BILA KITA  SENYAP

DALAM HIDUP INI
KITA DIRIKAN  TEMBOK 
BUKAN UNTUK MENOLAK SESIAPA
TAPI HENDAK MELIHAT
SIAPA BERANI MELANGGAR

LEBIH BAIK KAMU
TIDUR DI ATAS LANTAI BULUH
DARI TIDUR DI ATAS 
 SOFA EMPOK ITALI
DENGAN MEJA LUMAYAN
TAPI
PENUH SENGSARA

KENAPA KITA INI
SIBUK GILA KUMPUL HARTA
DARJAH KEBESARAN
MENEMPA NAMA
TAPI
TIDAK GILA UNTUK
MENCARI PENCERAHAN
MENEGAK KEBENARAN
BERCAKAP BENAR
DAN
MEMBERSIH JIWA 

HA HA  BRO
CARI PENCERHAN SEKARANG
KETIKA  KITA HIDUP
JANGAN TUNGGU NASIB
ANGGAP  BILA DAH TUA
MAKA AKAN JADI BIJAK

SETIAP PERSOALAN
SETIAP PEKARA
PASTI ADA DUA SUDUT

DALM HIDUP 
ADA DUA KUASA AGONG
SAYANG DAN BENCI
SAYANG MENARIK KITA 
KEPADA SOSOK LAIN
BENCI MENGHANCUR SEMUA INI

KEBAHAGIAN HIDUP
BUKAN BERGANTUNG PADA
ORANG LAIN
KITA MELAYRI HIDUP KITA SENDIRI

HARI INI
DETIK INI
ADALAH MASA 
YANG TEPAT
UNTUK ENJOY DE MENJOY
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT