Khamis, 24 September 2020

MAHATHIR BERI AMARAN

 

 KAH KAH KAH

APA MADEY CAKAP

KAH KAH KAH

BELUM JADI PM

NAK KENA JATUH

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMAT BERAT

KAH KAH KAH


Wakil rakyat Umno boleh jatuhkan Anwar, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad memberi amaran ahli Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim boleh tarik kembali sokongan jika kehendak ketua mereka tidak dipenuhi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2020.

DR Mahathir Mohamad memberi amaran, ahli Parlimen Umno yang mengalih sokongan kepada Anwar Ibrahim boleh mengubah sokongan sekali lagi.

Bekas perdana menteri itu berkata, individu berkenaan mampu berbuat demikian kerana sokongan ke atas Anwar tentunya bersyarat dan mengikut kehendak pemimpin mereka.

Jelasnya, sekalipun ahli Parlimen itu menyokong Anwar, tentunya mereka lebih setia kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi ataupun bekas perdana menteri Najib Razak.

“Jika kemahuan dua pemimpin mereka ini tidak dipenuhi, maka mereka akan bertindak sama seperti mereka lakukan kepada Muhyiddin dan menarik balik sokongan dan jatuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dengan mengaitkan jaminan Anwar untuk tidak menerima sokongan daripada Najib, Zahid dan empat lagi ahli Parlimen Umno yang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Namun pada masa sama Muhyiddin Yassin tidak boleh kekal sebagai perdana menteri kerana sudahpun hilang sokongan ahli majoriti ahli Dewan Rakyat, katanya.

Dr Mahathir menyimpulkan demikian berdasarkan kenyataan Zahid semalam yang mengakui ramai ahli Parlimen kini menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu.

“Jika kita menerima kenyataan Zahid (itu) benar di atas kedudukannya sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN), maka Muhyiddin tidak boleh lagi tegas di masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri,” katanya.

Jelasnya, Muhyiddin tentunya tidak lagi mendapat majoriti kerana selama ini ia hanya melibatkan kelebihan satu atau dua kerusi. – 24 September, 2020.

 ABAM INI 

DAH JADI PM 

KE BELUM

SAJE TANYA 

GUA CUNT PIUS

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: