Selasa, 1 September 2020

BERKHALWAT HARI KE 168






KHALWAT 168
SELASA 1/9/2020
KITA MASUK KE HARI 168
BEKHALWAT
PKPP DISAMBUNG
SAMPAI AKHIR TAHUN
JENG JENG JENG
BUJET BULAN NOVEMBER
JENG JENG JENG
PRU15 DALAM PKPP ?
JENG JENG JENG

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
YANG CERAH DAN BASAH
PETANG KELMARIN  RIBUT HUJAN
TAPI HUJAN TAK LAMA
HOKKIEN MASIH BASAH

MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR KELAM

SIMPONI CENGEKRIK
GUMBIRA BILA BASAH
TERKUKUR TAKDA MASALAH
DUA KUMPULAN PIPIT
MELINTAS ATAS KEPALA
PAGI INI MEREKA 
KENDURI AWAL

SAEKOR BURUNG WAK WAK
MELINTAS TERBANG RENDAH
DAN
SEPASANG PUYUH
SUSUP SASAP MELARIKAN DIRI

HOKKIEN MEMANG
WILAYAH UNGGAS
DALAM KOTA KUALA LUMPUR

IKUTLAH CONTOH
 BATU TEPI PANTAI
DIPUKUL OMBAK
TAPI MASIH RELAX
BIARKAN AIR BERLALU

MANUSIA MEMILIKI
FIKRAH YANG RASIONAL
BILA PERASAAN TERSETAK
INGAT PERKATAAN 
RASIONAL
MELAYU CAKAP
MASUK AKAL
JANGAN SABOTAJ DIRI
KERANA NAK BERAHI
JANGKA PENDEK

JANGAN KITA BUANG MASA
MEMIKIR HAL ORANG
MELAINKAN JIKA HAL INI
BERSANGKUTAN DENGAN
KEBAJIKAN RAMAI
KALAU TIDAK IANYA
GANGGU KITA DARI
MEMBUAT KEBAJIKAN
KITA TERSANGKUT
MASA KITA DIAMBIL 
MEMBINCANGAKAN 
APA ORANG ITU KATA
APA ORANG INI KATA
APA MEREKA FIKIR
APA RANCANGAN MEREKA
SEMUA INI
GELINCIRKAN TUMPUAN KITA
UNTUK MENCARI PENCERAHAN
DAN 
MEMBUAT KEBAJIKAN

JIKA ADA SOSOK
YANG MENUNJUKAN 
BAHAWA KITA SALAH
MAKA KITA BOLEH BAIKI DIRI
TUJUAN KITA
IALAH MENCARI KEBENARAN
DAN
TIDAK  GANGGU ORANG LAIN

KAKI GANGGU
IALAH SOSOK
YANG BEBAL
MENIPU DIRI SENDIRI

TINGGALKAN 
KESALAHAN ITU
PADA SOSOK 
YANG MELAKUKANNYA
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: