Rabu, 16 September 2020

BERKHALWAT KE HARI 183






KHALWAT 183

RABU 16/9/2020
KITA BERKHALWAT MASUK
KE HARI  183 

HARI INI HARI KEMATIAN
CHIN PENG
HARI INI KITA CUTI
MEMPERINGATI PERJUANGAN 
PARA NASIONALIS 
YANG ANGKAT SENJATA
MELAWAN  KOLONIAL INGGERIS

DUNIA MASIH HURU HARA
GUA BACA DI EROPAH
MAKIN RAMAI KENA KOBID
AMERIKA SAREKAT
KOBID JADI AJENDA KEMPEN
TRUMP DITUDUH
GAGAL MENANGANI KOBID

PAGI INI HOKKIEN BASAH
UDARA LEMBAB
HUJAN KELMARIN
MENGUMBIRA CENGKERIK

PAGI INI TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK
DAH LAMA HILANG
ENTAH MERAYAU KE MANA
ADA DUA EKOR PAGI INI
DI BUKIT YANG  ASING
SATU MACAM SENIOR
KOKOK   INDAH
SATU BARU NAK BELAJAR
SUARA KASAR

HIDUP INI
BUKAN SENTIASA TERBUKA
UNTUK KITA MELAKUKAN
APA YANG KITA SERONOK BUAT
HIDUP INI IALAH
APA YANG WAJIB
 KITA LAKUKAN

HIDUP INI SUSAH
JIKA DITANYA 
APAKAH KITA BERANI 
MENENTANG SUSAH
JIKA JAWABNYA BERANI
MAKA KITA DAH MENANG

KITA INI BUKAN KITA
YANG DIKATAKAN OLEH ORANG LAIN
KATA ORANG SELALUNYA  TAK BETUL
KITA ADALAH KITA
HASIL DARI APA YANG 
KITA LAKUKAN
APA ORANG LAIN KATA
TENTANG KITA SABENRANYA
ADALAH GAMBARAN PERANGAI  MEREKA
JANGAN SEKALI BENARKAN
DIRI KITA MENURUT 
GENDANG ORANG LAIN
BUKAN TUGAS KITA
UNTUK HIDUP
MENGIKUT CAKAP ORANG 

JANGAN JADI LEMBIK
KERANA  TAKUT APA AKAN JADI
PADA DIRI
LAWAN TAKUT DENGAN
MENGHADAPI TAKUT

TETIBA KECILAKAAN SAMPAI
JANGAN ANGGAP INI CILAKA
LINTASI IANYA SEBAGAI LABA

SOSOK YANG BIJAK
IALAH SOSOK YANG PANDAI
MEMILIK APA YANG
PERLU DILIHAT

KEGELAPAN TANPA PENCERAHAN
IALAH PUNCA TAKUT
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: