Isnin, 28 September 2020

MAKIN RAMAI MP SOKONG ANWAR

 

 JELAS SOKONGAN

BERTIBUN TAMBAH

KAH KAH KAH

MUHYIDIN WAJIB

UNDUR

KAH KAH KAH

ANWAR JADI

PERDANA MENTERI SEKARANG

KAH KAH KAH


Ramai MP Umno sokong Anwar, Muhyidddin hilang majoriti jadi PM

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menegaskan  Muhyiddin Yassin hilang majoriti sebagai Perdana Menteri ekoran ramai Ahli Parlimen Umno BN telah beralih sokongan kepada  Anwar Ibrahim.

“Kami turut mengambil maklum bahawa dengan kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno BN telah beralih sokongan dan kini menyokong  Anwar Ibrahim, maka jelas  Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurutnya, seluruh Ahli Parlimen PKR memberi sokongan penuh kepada langkah yang diambil untuk mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, tumpuan diberi ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya.

“Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat.

“Komitmen terhadap keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti Kerajaan yang baharu tidak akan dikompromi sama-sekali. Kerajaan mesti fokus memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi, termasuk badan kehakiman,” katanya.
 
Kenyataan itu juga susulan perbincangan Ahli-ahli Parlimen PKR berkenaan kedudukan terkini kerajaan Persekutuan selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pada 23 September lalu.

“Kami memanjatkan doa agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberikan kesembuhan yang segera dan dikurniakan kesihatan yang baik,” kata Johari lagi.

Sebelum ini, tular senarai 19 ahli Parlimen Umno Barisan Nasional (BN) termasuk  Najib Razak yang didakwa menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baharu.

 JANGAN TUDUH

INI KERAJAAN 

BARU 

ANWAR IBRAHIM 

KERAJAAN

PINTU BELAKANG

 KAH KAH KAH

JANGAN HINA 

PINTU BELAKANG

AMIN



Tiada ulasan: