Isnin, 28 September 2020

ZAHID BERI LAMPU HIJAU SOKONG ANWAR

 

SOKONG 

KENYATAAN 

 YB JOHARI ABDUL

YANG BETUL

LAGI BENAR

LAGI SAHEH 

LAGI APDAL

TETAP  SUCI

AMIN 

 

Sokongan harus dari MP yang jujur mahu selamatkan negara

Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur yang mahu menyelamatkan negara, demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul.

Terutama, katanya mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi serta COVID-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat. 

Jelas beliau lagi, komitmen terhadap keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan yang baharu tidak akan dikompromi sama-sekali.

“Kerajaan mesti fokus bagi memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi termasuk kehakiman.

“Kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno-BN telah beralih sokongan dan kini menyokong Anwar Ibrahim telah jelas memperlihatkan Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri.

“Sejajar dengan itu Ahli-Ahli Parlimen PKR memberi sokongan penuh langkah dan usaha yang diambil bagi mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya,” tegasnya. 

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti yang meyakinkan dari ahli parlimen bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan Muhyiddin Yassin.

Bukan itu sahaja, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut memberi lampu hijau kepada ahli parlimen Umno dengan menyatakan parti mereka tidak berhak menghalang mana-mana ahli parlimen untuk menyokong Anwar.

 YB JOHARI

CAKAP BENAR

JANGAN ADA

AJENDA NAK PAU

NAK PERAS UGUT

NAK MINTA FULUS 

NAK MINTA

 LEPAS DARI PENJARA


KAH KAH KAH

SEMUA MESTI

JUJUR UNTUK

NEGARA

AMIN 



2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Gwa ingat2 lupa time Sidang UMNO 1997/98 ..Anjing Salak Abam jamtu Inchik Zahid Totok ni lah ..gwa ingat lagi dgn nada gagap, Si Jawa ni nyalak pada Madey ttg hal KRONI. Harap2 lepas ngangkat sumpah SELASA ni Abam dapat tulong CLEARKANG kes mahkamah Si Jawa ni ..tak banyok doh, 1OO kes jo

Unknown berkata...

Zahid pon nk p joint p la sama.. Kami pon mluat tgk hg. Slagi hg dok ats.. Slgi tu la umno trus lingkop. Hahaahapuihhhhh cepat2 nohh