Sabtu, 17 Oktober 2020

ADA LAGI KES LIWAT

 



KES LIWAT SAPA?


Anonymous commented on

 "KANG KONG ANWAR"

Jika senarai palsu itu ingin disiasat, bukan Anwar orangnya yang patut diminta datang ke Bukit Aman, tetapi adalah siapa yang menyebarkannya, termasuk portal dan blog tertentu yang menyiarkannya. Kalau ketenteraman rakyat terganggu, ia juga bukan disebabkan oleh Anwar, tetapi oleh mereka yang mencipta dan menyebar senarai palsu itu. Malangnya, mereka yang berkenaan itu tidak pernah disiasat sama sekali. 


Dalam siasatan yang dijalankan terhadap Anwar, beliau telah menekankan tiada senarai atau nama Ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Agong, sebaliknya yang ada hanyalah surat dan dokumen yang membuktikan wujud sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan baru. Selebihnya, senarai itu ada dalam tangan ketua-ketua parti yang telah menyatakan sokongan kepadanya. 

Hanya apabila ketua-ketua parti dipanggil mengadap Agong, barulah ia akan dipersembahkan kepada baginda. Urusan ini tidaklah sukar difahami oleh mereka yang waras dan berakal, malah ia membuktikan Anwar sangat berhati-hati dalam strategi serta perancangan yang diaturnya. Lebih daripada itu, tentulah turut tidak masuk akal untuk Anwar mendedahkan secara terperinci butir perbualannya dengan Agong kepada pihak polis, walaupun itu antara yang turut diminta dalam siasatan petang semalam. 


Dalam hal ini, sangat mudah untuk memahami bahawa bukanlah pihak polis yang ingin mengetahui sangat senarai Ahli Parlimen yang tidak lagi menyokong Muhyiddin atau butir perbincangan Anwar dalam majlis mengadapnya dengan Agong itu. Pihak polis tiada kepentingan dalam hal ehwal politik, mereka hanya bertanggungjawab dalam urusan keselamatan negara saja. Pihak lain yang berselindung mempergunakan intrumen kerajaan inilah pendurjana sebenar yang membebankan pihak polis untuk kepentingan mereka. 


Begitu pun, dengan tiada apa-apa maklumat berkaitan senarai berjaya diperolehi dalam siasatan terhadap Anwar semalam, pastilah mereka yang berkenaan sedang pening kepala dan mungkin sedang memikir mencari ikhtiar lain pula. Tambahan lagi, majlis mengadap ketua-ketua parti terhadap Agong ditangguhkan sehingga tempoh PKPB berakhir pada 27 Oktober depan

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Betul tu segala onak hari ini bukan salah Abam. Abam insan kamil yang sangat matsom, sentiasa di pelihara Allah. Kalau Abam cakap 121 kerusi makna 121 lah ..dia tak pandai NIPU ..kalau dia cakap 121.69 kerusi pun gwa caya.

Tanpa Nama berkata...

Orang jahat yg pakai jubah baik akan hati hati buat kerja supaya dia sentiasa nampak baik. Mmg la beratrategi sbb dia nak ngap.