Sabtu, 17 Oktober 2020

SERAANGAN KOBID SETAKAT KELMARIN

 

SERANGAN KOBID

SETAKAT KELMARIN


3 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti tiga lagi kluster baharu Covid-19 hari ini iaitu Kluster Lekir di Perak, Kluster Buntar melibatkan Kedah, Perak dan Putrajaya, manakala Kluster Merbok di Selangor.

629 jangkitan baharu, 6 kematian dicatatkan hari ini

MALAYSIA mencatat 629 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan 489 atau 77.7% kes berasal dari Sabah.

Enam kematian juga dilaporkan, menjadikan angka kematian keseluruhan kepada 176 orang.

Ini adalah hari ke-10 berturut-turut negeri Borneo mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu itu, 627 adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes import. 

Jumlah jangkitan setakat ini berjumlah 18,758.

Katanya, daripada 627 kes penularan tempatan, 498 kes melibatkan warganegara dan 64 warga asing, dengan 16 kes mempunyai sejarah pernah ke Sabah baru-baru ini.

Lima daripada enam kematian melibatkan penduduk tempatan di Sabah, sementara satu kematian warga asing dilaporkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ia merupakan lima lelaki dan seorang wanita.

Semua pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik dan seorang daripadanya masalah berkaitan jantung.

Noor Hisham berkata, 245 pesakit pulih daripada virus, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 12,259 atau 65.4% daripada jumlah kes.

Beliau juga berkata terdapat 6,323 kes aktif pada masa ini, dengan 99 di unit rawatan rapi (ICU) dan 31 mendapat bantuan pernafasan. – 16 Oktober, 2020.

Tiada ulasan: