Jumaat, 2 Oktober 2020

BERAPA LAMA MUHYIDIN BOLEH BERTAHAN

 


BERAPA LAMA

MUHYIDIN BOLEH 

BERTAHAN

KAH KAH KAH

UMNO TERUS

MENYERANG

KAH KAH KAH

DARI 

TIM MAHKAMAH

DAN DARI

 TIM KOSONG

KAH KAH KAH

TIM KOSONG

TIM TAK DAPAT

JADI MENTERI

AMIN


Pemimpin Umno mahu parti akhiri hubungan dengan Bersatu

PEMIMPIN tertinggi Umno menyuarakan rasa tidak puas hati diketepikan oleh Bersatu dan menggesa parti mereka untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.

Pemimpin berkenaan berasakan Bersatu mempermainkan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini dan mahu kepimpinan parti mengambil keputusan tegas menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pendirian mereka itu susulan gesaan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan meminta presiden Ahmad Zahid Hamidi memberikan hala tuju jelas parti itu.

Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamad berkata parti perlu fokus pada mengukuhkan Muafakat Nasional bersama PAS, dan bukannya PN.

Beliau bimbang gabungan berterusan dengan PN akan hanya tidak memberi keuntungan kepada Umno dan PAS.

“Ini bukan zaman Barisan Nasional (BN). Perjanjian BN ikhlas tetapi PN baru enam bulan usianya dan tidak boleh dipercayai lagi.

“Malah, gabungan kerajaan PN tidak kuat kerana tiada persahabatan, jadi lebih baik Umno undur diri.

“PRN Sabah membuktikan Bersatu dan PN tidak ikhlas. Kita diberikan kerusi yang sukar untuk menang sementara Bersatu masuk dan letak calon lain (PBS dan STAR) bertembung dengan Umno. Dan orang Umno mengalah banyak kali.

“Jadi, jika Umno putuskan untuk keluar PN, makan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN perlu tetapkan pendirian mereka. Jangan fikir diri sendiri,” kata bekas ahli Parlimen Pulai itu kepada told Suara Merdeka.

Semalam, Mohamad berkata Zahid perlu menyatakan di mana pendirian parti sekarang dalam hubungannya denga sekutu politiknya, selepas cara parti itu dilayan apabila PN menang PRN Sabah.

Selain Nur Jazlan, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz juga mendesak Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu, mendakwa itu apa yang akar umbi mahukan.

“Akar umbi rasa kita patut bekerja hanya dengan PAS dalam Muafakat Nasional, tanpa Bersatu,” katanya dipetik berkata kepada FMT.

Zahid semalam berkata biro politik parti itu akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membentangkan masa depan, di mana ia akan dibawa ke majlis tertinggi sebelum keputusan dibuat.

Beliau menggesa semua pemimpin parti turut serta dalam perbincangan itu untuk menyatakan pendirian mereka. – 2 Oktober, 2020.


BERAPA KUAT

TIM MUHYIDIN 

KAH KAH KAH

KINI  ABAM

PUN MASUK SAMA

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: