JUMAAT 2/10/2020
KITA MASUK KE HARI 199
BERKHALWAT
WOW
BERKHALWAT
WOW
DAH NAK MASUK 200 HARI
DAH LEBIH DARI 6 BULAN
KITA BERKPP
KITA DALAM GAWAT
SESUDAH PRN SABAH
MAKIN BANYAK KLUSTER BARU
DI SELANGOR
DI WILAYAH
YANG DI KURANTIN
TAK TAHU APA JADI
BILA LAPORAN HOSPITAL
AKAN SAMPAI
SOSOK DARI SABAH
WAJIB DIJAUHI
BUKAN TAK SUKA
TAPI JAGA DIRI
PAGI INI HOKKIEN CERAH
INDAH DAN BASAH
MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR LEPAS HUJAN
BERKABUS KELAM
LE CHATEAU DARI JAUH GAGAH
BANYAK LOPAK AIR DI JALAN
KOLAM KOLAM KECIL
MULA MUNCUL
ATAS MAKAM
SIMPONI CENGERIK MENYAMBUT
BERSAMA LAGU TERKUKUR
TERDENGAR MURAI
HANYA SAKETIKA
YANG LAIN SENYAP
PASTI MENUNGGU PANAS
JANGAN AMBIL POT
PADA SOSOK YANG SUKA
MEMBAWA TAKUT
MEMBAWA SEDIH
MENGHINA KITA
KE JALAN SAKIT DAN MAUT
LANGKAH KELUAR
DARI JARINGAN MASA
MASUK
KE DALAM JARINGAN CINTA
SEMUA DALAM ALAM INI
ADA PADA KITA
TEPOK DADA TANYA SELERA
BIARKAN CINTA ITU
MENARIK KITA KE LORONG GELAP
JANGAN RISAU
CINTA KASEH SAYANG
TIDAK MEMBAWA KESESATAN
JANGAN KITA KE HULU KE HILIR
TAK TENTU PEDOMAN
KITA WAJIB JAGA KEADILAN
WALAU DIMANA
KECANTIKAN ITU
BUKAN KERANA CANTIK
IANYA CANTIK DARI HATI YANG MELIHAT
SETIAP HATI MELIHAT BERBEZA
JANGAN TAKUT
MEMILIKI PANDAPAT YANG GANJIL
PENDAPAT GILA
SEMUA PANDANGAN YANG WUJUD
SEKARANG BERMULA DENGA
PANDANGAN GANJIL GILA
PEMBELAJARAN ITU
HANYA CAHAYA LILIN
BUKAN
UNTUK MEMENUHI KAPAL
MALAM YANG GELAP
AKHIRNYA AKAN
CERAH BILA MATAHARI
SAMPAI ESOK PAGI
JIKA KAU SAYANG PADA DIA
BIARKAN DIA PERGI
KALAU DIA KEMBALI
MAKNANYA DIA HAK KAMU
DAN TAK AKAN PERGI PERGI
KALAU TAK DATANG
ERTINYA DIA TAK PERNAH
MILIK KAMU
BRO
GUA TAK ADA APA NAK AJAR
HANYA AJAK BERFIKIR
MASANYA
SEKARANG
UNTUK ENJOY DE MENJOY
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan