CHINA JADI AJEN CHINA MERAH
AJEN MULA MENYUSUP MASUK
MERASUAH PIHAK BERKUASA
JIKA BANI MELAYU
TAK SEDAR
TANAH MELAYU
AKAN TERGADAI
PADA CHINA
DAN CHINA MERAH
AMIN
8 polis ditahan
kes cuci wang haram
Macau Scam
EMPAT pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Selangor antara lapan individu dari pasukan polis yang ditahan dalam satu operasi khas agensi antirasuah sejak petang semalam.
Sumber berkata, wang tunai RM100,000 turut dirampas dari seorang pegawai kanan polis dalam siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sindiket penipuan Macau Scam itu.
“Sehingga sekarang lapan polis ditahan, empat pegawai pelbagai pangkat termasuk asisten komisioner, superintendan, deputi superintendan dan inspektor,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menjelaskan, ia hasil operasi ke atas sindiket penipuan Macau Scam itu yang kini dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti.
Menurutnya, hari ini seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditahan dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar Datuk yang ditahan lebih awal.
“Dia ditahan tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Anggota berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu,” katanya.
Menurut sumber, kegiatan menggunakan populariti artis untuk menjalankan aktiviti “mencuci duit haram” melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah dikesan agensi itu.
Beberapa selebriti tersebut kini menjadi tumpuan siasatan dan dua orang daripadanya sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
“Dalang utamanya di China, akan melantik ejen seperti Datuk yang sudah ditahan reman pada 2 Oktober lalu.
“Sindiket ini yang terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian akan memerangkap selebriti tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan,” katanya.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan.
Ia membawa kepada penahanan lapan individu termasuk dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri, katanya. – 7 Oktober, 2020.
1 ulasan:
Bro, cina pun ditindas China merah. China yg menindas ini bangsa Han Beijing. Bangsa Han ini macam gerombolan umno,samseng kampung dusun pau sampan penambang.tapi nak sokongan China dia tiup terompet Kebangsaan agama macam gerombolan tiup terompet melayu isle bangsa dijanji tuhan akhor zaman.
Catat Ulasan