Rabu, 7 Oktober 2020

KITA JUGA WAJIB SAMA BERSEDIA

 


KITA JUGA 

WAJIB SAMA

 BERSEDIA

 AMIN 

WHO beri amaran 

kerajaan perlu 

siap sedia hadapi

 lonjakan Covid-19

PERTUBUHUAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada kerajaan di negara-negara wilayah Pasifik Barat termasuk Malaysia untuk bersiap sedia mendepani peningkatan Covid-19 sebelum vaksin tersedia - dianggarkan pada penghujung 2021.

Pengarah Kecemasan Wilayah WHO untuk Pasifik Barat Dr. Babatunde Olowokure berkata meskipun negara-negara berkenaan sudah melakukan yang terbaik berbanding wilayah lain, sikap dan kelemahan dasar menyebabkan lonjakan.

“Ini terutama disebabkan pelanggaran, pengecualian atau kelonggaran seperti membiarkan perhimpunan ramai dalam keadaan berisiko tinggi,” katanya pada sidang media maya sesi ke-71 Jawatankuasa Wilayah hari ini.

Beliau berkata sekatan pergerakan tidak akan berfungsi kerana ia perlu disertai “langkah-langkah untuk mengekang virus” seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan amalan kebersihan yang baik.


“Harus ada sejumlah langkah pengawalan yang semuanya dilaksanakan secara bersama,” ujarnya. 

Pengarah wilayah WHO Pasifik Barat Dr. Takeshi Kasai pula mengatakan kerajaan mesti  mencari strategi jangka panjang yang mampan apabila rakyat mula bosan untuk mematuhi protokol pandemik.

“Selama virus ini beredar di dunia, tidak akan ada negara yang aman. Dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan virus itu akan hilang dengan cepat,” katanya.

Langkah-langkah itu merangkumi peningkatan kewaspadaan, pengesanan yang pantas, ujian  dan mengasingkan kes, memperbaiki sistem kesihatan masyarakat selain melindungi golongan yang lemah. 

Katanya, perniagaan perlu meneroka kaedah untuk beroperasi sambil meminimumkan risiko, manakala masyarakat perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Tambahnya, adalah menjadi kewajiban kerajaan untuk melibatkan kerjasama antara perniagaan dan orang ramai di samping mengurangkan penularan.

“Saya tahu ia tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi semakin aktif kita mencipta kebiasaan baharu, saya rasa kita dapat memajukan ekonomi dan kehidupan masyarakat,” katanya.

WHO Pasifik Barat merekodkan jumlah jangkitan dan kematian paling rendah setakat ini, dengan beberapa pulau Pasifik tidak mencatat kes. Covid-19 sudah menjangkiti lebih 633,000 orang dan meragut lebih 13,000 nyawa di rantau ini.

Ini adalah kali pertama anggota Jawatankuasa Wilayah WHO Pasifik Barat bermesyuarat secara maya. Semasa mesyuarat tahunan itu, semua anggota dijangka membincangkan kerangka untuk imunisasi, penuaan yang sihat dan pembedahan yang selamat dan berpatutan. – Bernama, 6 Oktober, 2020.


AWAS

Tiada ulasan: