Rabu, 7 Oktober 2020

# MUHYIDDIN OUT SEKALI

 


BILA ABAH NAK ROTAN TUAN HAJI KHAIRUDIN

RAKYAT SEMUA  MENANTI TAK SABAR SABAR 

AMIN


Kerana rotan dan 'double standard', #MuhyiddinOut sohor kini

JAMINAN Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa Putrajaya tidak mengamalkan “double standard” dalam tindakan ke atas pelanggar SOP Covid-19 tidak diterima baik pengguna media sosial yang meluahkan kekecewaan mereka di ruang siber.

Tanda pagar #MuhyiddinOUT mula sohor kini beberapa jam selepas perutusan khas Muhyiddin berkaitan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Pada ucapannya semalam, Muhyiddin meminta rakyat supaya terus kekal bertenang dan mematuhi SOP dikeluarkan pihak berkuasa ketika negara menyaksikan berlaku gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

“Jika ada yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan,” katanya.

Gelaran “Abah” mula muncul beberapa bulan lepas apabila pengguna media sosial merasakan Muhyiddin menunjukkan prestasi baik mengekang penularan Covid-19 dan menganggapnya sebagai “Abah” penjaga negara.

Tetapi, ramai pengguna media sosial berpandangan yang perdana menteri itu tidak sensitif apabila “berjenaka” mahu menggunakan rotan kepada pelanggar SOP sedangkan pandemik Covid-19 negara semalam menelan korban seorang bayi berusia setahun.

Pengguna media sosial juga mengkritik kekurangan tindakan displin ke atas Menterinya, Tuan Haji Khairuddin Aman Razali.

Tuan Haji Khairuddin sebelum ini dikecam hebat kerana gagal patuh kuarantin wajib 14 hari pencegahan Covid-19 selepas pulang dari Turki, lawatan yang didakwanya sebagai “separuh rasmi”, malah beliau turut hadir sidang Parlimen hanya beberapa hari selepas pulang ke tanah air.

Sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri Sabah, beberapa orang politikus termasuk menteri, timbalan menteri dan Adun sudah disahkan positif Covid-19, situasi yang dianggap pengguna media sosial sebagai #KlusterMenteri.

“Perutusan khas ini tidak ada yang istimewa, memperlekeh dan memalukan. Memburukkan keadaan, seorang bayi baru hilang nyawa kerana virus. Rakyat bimbang, keluarga takut, dan negara bukan pada tahap terbaiknya. Apa yang anda hanya boleh buat adalah lawak. No! #MuhyiddinOut,” tulis seorang pengguna Twitter @ulyahusamudin

Pengguna Twitter juga mengecam ucapan Muhyiddin dan berkata negara perlukan penyelesaian dan ini bukan masanya untuk mempersalahkan rakyat.

“Menonton pengumuman PM. Pelajar Tingkatan 5 pun boleh buat pengumuman lebih baik. Kita perlukan penyelesaian, bukan salah-menyalah. Isu utama dielak,” kata @yickhan.

Selain itu, pengguna Twitter juga mempersoalkan jaminan diberikan Muhyiddin bahawa tidak ada “double standard” dalam pelaksanaan hukuman kepada mereka yang melanggar SOP pencegahan Covid-19.

“Menteri (Khairudin) masih belum dipecat. Marilah dapatkan idea yang lebih segar dan akal lebih waras untuk tolong negara. #MuhyiddinOut #AbahResign,” tulis @yickhan lagi.

“Lelaki nasi kandar Sivagangga didenda RM12K dan penjara lima bulan kerana langgar kuarantin rumah. Tuan Haji Khairuddin pula dengan angkuhnya hadir di Parlimen walaupun dia sepatutnya dalam kuarantin dan hanya didenda RM1K. Tidak ada ‘double standard’ katanya. #Muhyiddinout,” kata @michelelehh pula.

Tanda pagar #MuhyiddinOut digunakan dalam lebih 30,000 tuit ditulis pengguna Twitter.

Selain itu, tanda pagar  #NotMyPM, #BukanAbahSaya, #Muhyiddout dan #MuhyiddinIsOut juga sohor kini di Twitter.

Jumlah kes baharu Covid-19 semalam melonjak kepada 691 dengan empat kematian dilaporkan. – 7 Oktober, 2020.

ABAH JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

RAKYAT DAH MARAH

AMIN



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abah ke benda kau tulis mengarut ni. Setahu aku dulu kau panggil dia malikul sembab.

Tanpa Nama berkata...

takkiri skrg kerje kamu as a minister kamu kena jalankan! org isle pas jaga amanah kamu, jgn cari alasan. kamu pergi state berundingg mintak diorg tarik balik ban palm oil fgv! kamu kenalah pandai speaking dol!