Sabtu, 21 November 2020

BERIAT BAIK UNTUK MALAYSIA



 

UMNO 

BUNUH UMNO

UMNO BUNUH PAS

UMNO BUNUH

 BERSATU

AMIN

INI BERITA BAIK

AMIN 


Annuar Musa jurucakap Bersatu, Pas curang, dakwa Umno

Penyokong Najib dalam Umno menyifatkan Tuan Haji  Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.

“Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Bersatu, selain Hamzah Zainudin,” kata Tuan Haji Lokman Noor Adam, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib adalah menterinya.

Menerusi facebook beliau, orang kanan Najib itu berkata, jika Umno mengikut teori Annuar Musa, parti yang pernah memerintah Malaysia itu akan masuk Muzium Negara sebagaimana parti Golkar di Indonesia sekarang yang hanya menjadi anggota gabungan kecil dalam parti pemerintah negara jiran itu.

“Kalau ikut otak Annuar Musa ini, akhirnya Umno akan masuk Muzium Negara,” kata Lokman menjawab pandangan Annuar sebelum ini.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, Umno akan bertanding bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika tidak bekerjasama dengan Bersatu kerana Pas sudah bersama parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

KERJASAMA DENGAN BERSATU

Menurut Lokman, kalau Umno bekerjasama dengan Bersatu, Umno yang paling rugi kerana terpaksa memenuhi tuntutan Bersatu yang mahukan antara 58 hingga 60 kerusi Parlimen.

Padahal, katanya, Umno sebelum ini bertanding 122 kerusi Parlimen dan menang 54 kerusi iaitu 48% menang dari kerusi yang ditandingi.
 
“Kenapa Annuar Musa ni bodoh sangat, saya tak tahu nak cakap apa. Tolong buat penilaian ni betul-betul. Nak cakap kena guna angka,” kata beliau.

Menurut Lokman, Muhyididin sekarang meminta 58 hingga 60 kerusi Parlimen dalam rundingan yang dah dibuat antara Umno dan Bersatu serta Pas.

“Padahal pada PRU 14, mereka hanya menang 13 kerusi sahaja. Dalam PRK Tanjung Piai, mereka kalah dan tinggallah 12 kerusi.

“Enam dari ahli Parlimen mereka pula lari dan tingga enam sahaja yang sokong dia.

“Sekarang dia nak 60. Kalaulah dia ini bukan PM, menang 12 kerusi je, mungkin  Zahid boleh setuju bagi dia 20 kerusi sebab parti dia kecik.
 
“Tetapi kerana dia PM, dia ada kuasa tawar menawar. Katakanlah, dia dapat 40 kerusi akhirnya selepas tawar menawar, 20 kerusi Umno dapat balik.

“Berapa kerusi yan tinggal di tangan Umno. Kalau ikut Annuar Musa, demi selamat tengkok dia terus kekal menteri bawah Muhyidin, Umno hanya tinggal 52 kerusi.

“Dengan 52 kerusi sahaja bertanding, zaman Umno dihina fitnah kita menang 54 kerusi. Sekarang nak tanding hanya 52 kerusi, berapa kerusi yang Umno akan menang,” tanya Lokman menolak hujah Annuar Musa itu.

PAS SUDAH CURANG

Dalam siaran yang sama, Lokman menyifatkan Pas sebagai curang apabila bekerjasama dengan Bersatu ketika sudah bekerjasama dan menandatangani kesepakatan dengan Umno dalam Muafakat Nasional.

“Ketika kita dah kerjasama dengan Pas, dia curang. Sekerat jalan, Pas kahwin dengan PPBM senyap-senyap tak bagi tahu kita.

“Annuar Musa mungkin tahu. Dia bersama Hamzah Zainudin, Takiyudin dan wakil GPS bincang nak bentuk parti Perikatan Nasional, bukan gabungan tetapi tetapi parti politik baru.

“Bagaimana mungkin, kita dah kerjasama dengan pas, tiba-tiba separuh jalan, dia dah bersama dengan Bersatu. Kita pulak pula kena fikir, kalau tak bersama dengan Bersatu kita akan kehilangan Pas,” kata beliau menjawab Annuar Musa.

Bagi beliau, ketika Umno paling lemah pada pilihan raya 2018, ketika rakyat tak sanggup undi Umno, dan tak sanggup undi PH, mereka telah undi Pas.

“Itu sebab Pas dapat 18 kerusi. Kalau Pas bersama PPBM, dan Umno dengan Barisan Nasional, belum tentu Pas boleh menang 18 kerusi ini.

“Ini saya nak beritahu, Pas kena terima hakikat ini. Kalau tak boleh terima hakikat ini, cubalah buktikan dalam PRU 15 nanti,” cabar Lokman.

Beliau mengaku, Pas akan boleh bertanding lebih banyak kerusi jika bersama Bersatu kerana parti pimpinan Muhyiddin itu perlukan jentera yang dimiliki oleh Pas kerana parti itu tidak ada jentera.

“Sebab PPBM pun tak banyak tokoh yang nak di ketengahkan dan PPBM hanya ada pimpinan dan tak ada jentera.

“Jadi bagi membolehkan PPBM untuk bertanding dan ada jentera, dia kena perkudakan Pas. Mungkin Pas bersama PPBM, dia boleh tanding lebih banyak kerusi. Betul.

“Tetapi adakah Pas boleh dapat lebih banyak kerusi berbanding dengan kerusi yang dia menang menang ketika Umno difitnah pada 2018….yang ini kena fikir,” katanya.


PARTI ISLAM

CURANG

KAH KAH KAH

BARU SEKARANG 

SEDAR

KAH KAH KAH

MESTI ADA AYAT

BOLEH CURUNG

KAH KAH KAH

MESTI ADA HADIS

BOLEH ENTOT

DILUAR

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

TOK ARAB LUPA

 BUAT AYAT 

BUAT HADIS

UNTUK CURANG

KAH KAH  KAH



1 ulasan:

cikminah berkata...

Cara Lobakman ni argue, seolah-olah UMNO masih releven. Dia terlupa kpd keputusan PRN, Sabah. Dpd 31 kerusi yg BN bertanding, cuma menang 14 kerusi. Bersatu di bawah PN, menang 17 kerusi.

Jadi, toksah dia berharaplah PRU15 nanti BN boleh menang 2/3 dpd 222 kerusi. Nak menang 54 kerusi macam dlm Pru14 pun, belum tentu. Jadi, usahlah dia bercakap gah, seolah-olah UMNO masih power.

Berpijaklah di bumi nyata.