Sabtu, 21 November 2020

SESAMA KITA INGAT MENGINGATI



 


AWAS


Sifar kes baharu Covid-19, PKPB di Sarawak mungkin berakhir




1,041 kes baharu Covid-19, 3 lagi maut

MALAYSIA hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493.

Beliau berkata daripada 1,041 kes baharu hari ini, sebanyak 1,039 kes adalah penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Katanya tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini adalah Selangor dengan 402 kes (38.6 %), diikuti Sabah 346 kes (33.2%) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6%).

“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1%),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19. – Bernama, 21 November, 2020.



HATI

HATI

Tiada ulasan: