Ahad, 22 November 2020

SELANGOR WILAYAH BAHAYA

 



BERHATI HATI


BERJAGA JAGA


Lebih separuh 

daripada 1,096 

kes Covid-19 

dari Selangor

SELANGOR merekodkan separuh daripada 1,096 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini dengan 603 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes jangkitan keseluruhan kepada 54,775.

Sabah menyaksikan peningkatan kes harian kedua tertinggi dengan 311 kes jangkitan, diikuti Perak 55.

Hanya enam kes import dilaporkan hari ini manakala baki adalah penularan tempatan.

Sementara itu, tiga kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, yang mana kesemua kes adalah di Sabah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 335. Tiga kluster baharu jangkitan turut dikesan.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu hari ini adalah Kuala Lumpur (30), Negeri Sembilan (29), Johor (9), Kelantan (8), Perlis (1), Pulau Pinang (15), Labuan (13), Kedah (16), Putrajaya (1) dan Melaka (5).

Sementara itu, 1,104 pesakit didiscaj daripada hospital dalam tempoh 24 jam lalu selepas pulih daripada koronavirus.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 41,597.

Jumlah kes aktif pula adalah 12,843.

106 pesakit dirawat di unit rawatan rapi yang mana 46 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 November, 2020.


RAKYAT TOLONG

RAKYAT

KITA TOLONG KITA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat panik covid19 merebak dan kena kurung. Kalau terlupa pakai pekap hidung alamat melayang RM1000. Tetapi yang hairannya yang membawa kuman tu dari Sabah buat deek je...sapa ya????. Apa kata kita pelangkung mereka tu!!!