Khamis, 17 Disember 2020

AMARAN MAT SABU DAN GUAN ENG PADA ANWAR

 


AWALNYA 

ANWAR BERJAYA 

TIPU MAT SABU

TIPU GUAN ENG

AMIN

JATUH KERAJAAN

PAKATAN HARAPAN

AMIN

PADA 26 /11/2020

SEKALI LAGI

ANWAR MENIPU

JUMPA AGONG

ADA NUMBO

AMIN

BILA MENGUNDI

SATU HABUK

TARAAAK

AMIN




Jangan buang masa dengan ahli Parlimen kerajaan, kata DAP, Amanah kepada Anwar

Dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) hari memberikan amaran kepada gabungan itu agar tidak mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk kembali berkuasa, satu kenyataan yang dilihat menyelar tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kekalahan tipis gabungan itu dalam pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa seharusnya dilihat sebagai peluang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar PH.

“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Lim dan Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua pemimpin PH itu berkata, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen kerajaan seperti didakwanya bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat digagalkan di peringkat bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini Lim dan Mohamad berkata, undian pada Selasa jelas menunjukkan 108 ahli Parlimen yang menentang Perikatan Nasional (PN) adalah jumlah sama pada Mac 2020.

“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar. Jelas ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.

Pada Selasa, kerajaan PN berjaya meluluskan belanjawan pertamanya dengan 111 undi menyokong, 108 menentang dan seorang tidak hadir.

Kejayaan meluluskan Belanjawan 2021 dilihat sebagai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Pada 23 September, Anwar yang juga presiden PKR mengumumkan mempunyai sokongan yang “kukuh dan meyakinkan” bagi menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun ketika mengadap Yang di Pertuan Agong pada 13 Oktober, ahli Parlimen Port Dickson itu gagal membuktikan dakwaan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri.

Lim dan Mohamad hari ini berkata, PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli Parlimen kerajaan yang oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN.

“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.

“Pemimpin PH mesti mengenepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 ahli Parlimen. Dengan 108 ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan yang mantap, apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kelak,” kata kenyataan itu.

AMANAH DAP

DAH PENAT 

DENGAN PUTAR

ANWAR

AMIN

INI AMARAN

AMIN

MALAH RAFIZI

MALAH DALAM PKR

MAKIN RAMAI

TAK CAYA PADA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

MANA  HILANG

YB NIK NAZMI

YB JOE BEDUL

YB SAIFUDIN

YB DOLAH SANI

YB LI KANG

SEMUA SENYAP

KAH KAH KAH

MALU

RASA NAK

 TUTUP MUKA

TAPI

BONTOT NAMPAK

AMIN

NAK TUTUP BONTOT

ANWAR MARAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: