Isnin, 28 Disember 2020

BERITA TERBARU

 



AWAS


HATI


HATI


Semua daerah di Selangor, KL dan Putrajaya kini zon merah, kata CPRC

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) mewartakan sembilan daerah di Selangor sebagai zon merah Covid-19.

Menurut CPRC kesemua darah terbabit diletakkan di bawah zon merah daripada 24 Disember.

Zon merah merujuk kepada kawasan yang merekodkan lebih 40 kes positif, zon jingga bagi kawasan yang merekodkan antara 21 hingga 40 kes positif, zon kuning merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif dan zon hijau kawasan yang bebas kes positif.

Menurut data CPRC, daerah Klang merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 3,476 kes diikuti daerah Petaling dengan 1,415 kes.

Hulu Langat dengan 1,225, Gombak 978, Kuala Selangor 380, Kuala Langat 304, Sepang 297, Hulu Selangor 61 dan Sabak Bernam 58 kes.

Turut direkodkan sebagai kawasan zon merah adalah empat kawasan di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai  2,467 kes, Titiwangsa 747, Kepong 591, dan Cheras dengan 574 kes.

Sementara itu, Putrajaya turut diwartakan sebagai zon merah selepas merekodkan 49 kes positif semalam.

Melaka masih merekodkan zon jingga di Melaka tengah dengan 22 kes manakala dua daerah lagi diwartakan sebagai zon merah iaitu Melaka dengan 255 kes dan Alor Gajah dengan 108 kes.

Sabah merekodkan zon merah tertinggi dengan 11 daerah manakala dua daerah zon hijau.

Semalam, Sabah merekodkan 3,243 kes dengan 675 kes di Kota Kinabalu, Lahad Datu (468), Penampang (410), Tawau (379), Sandakan (324), Tuaran (230), Papar (137), Putatan (131), Ranau (113), Kota Belud (69), dan Semporna (49).

Dua zon hijau di Sabah adalah Tambunan dan Nabawan.

Sementara itu, tujuh daerah di Johor merekodkan peningkatan lebih 40 kes iaitu di Johor Bahru 834 kes, diikuti Kluang 70 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 160, Batu Pahat 132, Pontian 93, Kulai 72 dan Muar 46 kes.

Pulau Pinang merekodkan tiga zon merah yang mana kes tertinggi direkodkan di daerah Timur Laut dengan 291 kes, Barat Daya 177 dan Seberang Perai 42 kes. 

Perak turut merekodkan tiga zon merah iaitu di Hilir Perak dengan 377 kes, Kinta 89 dan Larut Matang Selama 53 kes.

Empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing merekodkan satu zon merah.

Daerah Seremban merekodkan kes positif tertinggi dengan 871 kes, diikuti Kota Bharu dengan 99 kes, Bentong 95 kes dan Kota Setar dengan 54 kes.

Sarawak hampir bertukar ke zon hijau selepas hanya merekodkan lima kes, dua di Sibu dan satu masing-masing di Kuching, Serian dan Lawas.

Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi semalam selepas melaporkan 2,335 kes dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 103, 900 manakala kes aktif 20,035.

Kes tertinggi pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 10 Disember apabila 2,234 kes direkodkan dalam sehari.– 28 Disember, 2020.

AWAS

KITA

JAGA

KITA

1 ulasan:

capt salai berkata...

Ni sume punce prn sabah aritu..lahanat punya ahli politik nk kuase punye pasal..tak pasal2 budak kobid ni bermaharalela..hawau betol ler..baran aku camni