Isnin, 28 Disember 2020

SERANGAN DEMI SERANGAN

 





AWAS



1,594 kes baharu Covid-19, 3 kematian dilaporkan hari ini

MALAYSIA mencatatkan 1,594 kes Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Dr Noor Hisham Abdullah, dengan Selangor menduduki tangga teratas.

Ketua pengarah kesihatan berkata, kes yang baharu menjadikan jumlah keseluruhan negara meningkat kepada 106,690 sementara kes aktif berjumlah 20,643.

Katanya, Selangor mendahului dengan 697 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 194 dan Johor (191).

Mengenai bilangan pesakit yang pulih, Noor Hisham berkata 1,181 orang dibenarkan keluar hospital selepas pulih daripada koronavirus dalam 24 jam terakhir.

Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sebanyak 85,592

Negara juga mencatatkan tiga kematian hari ini, yang menjadikan jumlah kematian sebanyak 455. – 28 Disember, 2020.


HATI 

HATI

KITA

JAGA 

KITA


Tiada ulasan: