Rabu, 30 Disember 2020

KLUSTER BARU MUNCUL LAGI



AWAS


8 lagi kluster baharu 

Covid-19 dikesan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu Covid-19 hari ini iaitu tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Pahang, Kedah serta Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster di seluruh Malaysia kini sebanyak 506 manakala kluster aktif yang dipantau ialah 223.

Beliau berkata di Kuala Lumpur, kluster pertama yang dikesan ialah Kluster Tapak Bina Jalan Stesen melibatkan penularan di tempat kerja di daerah Lembah Pantai.

“Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-94,863) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Disember melalui saringan individu bergejala dan sehingga hari ini, sejumlah 607 individu disaring dengan 54 dikesan positif,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kluster Slot Berjaya, yang melibatkan penularan di tempat kerja dan dalam daerah sama, dikesan hasil saringan bersasar di tempat kerja hari ini dan sehingga kini, seramai 44 individu disaring dengan sembilan kes positif dilaporkan. – Bernama, 30 Disember, 2020. 


KITA

JAGA

KITA

AWAS

Tiada ulasan: