Selasa, 1 Disember 2020

TERIMA KASEH BARISAN HADAPAN

 


TERIMA KASEH

BARISAN HADAPAN

 AMIN



1,472 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

MALAYSIA mencatat lebih banyak pemulihan Covid-19 berbanding kes baharu untuk hari ketiga berturut-turut, dengan 1,522 orang dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 1,472 kes baharu dengan lima daripadanya melibatkan kes import.

Jumlah pemulihan dari coronavirus kini berjumlah 56,311 sementara jumlah keseluruhan kes adalah 67,169.

Kes aktif berjumlah 10,495.

Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 819, diikuti oleh Sabah (267) dan Negeri Sembilan (146).

Negara ini juga mencatatkan tiga kematian, yang menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 363 orang.

Dua daripadanya, seorang lelaki (51) dan seorang wanita (64), mempunyai sejarah diabetes, sementara seorang lagi melibatkan lelaki berusia 24 tahun tanpa sejarah komplikasi perubatan.

Ketiga-tiga kematian dilaporkan di Sabah. – 1 Disember, 2020

KITA JAGA KITA

RAKYAT BANTU

RAKYAT

AMIN



Tiada ulasan: