Ahad, 3 Januari 2021

BERKHALWAT HARI KE 292

 






KHALWAT KE 292

AHAD 3/1/2021
KITA MASUK KE HARI 293
BERKHALWAT

MASIH LAGI DALAM
SUASAN CUTI
TAHUN BARU

DI LUAR HUJAN 
GUA TIDAK PERGI KE HOKKIEN
HUJAN  PAGI
TAK LEBAT
TAPI BASAH

GAWAT POLITIK 
MENGAMBIL BABAK BARU
KINI ANTARA
GEROMBOLAN DENGAN BERSATU

KETIKA INI
GEROMBOLAN SEDANG
BERMESYUARAT
SANA SINI
MULA KEDENGARAN SUARA
UNTUK MENOLAK
KERJASAMA DENGAN BERSATU

MUHYIDDIN
PAYAH BERNAFAS

DAGING HARAM JADI SENYAP
PARTI ISLAM TIDAK SIBUK
KAH KAH KAH
DAGING HARAM PUN KIRA OK
KERANA ADA KUASA
KAH KAH KAH

BAB HARAM HARAM INI
CERITA ARAB
CERITA MELAYU
IALAH KUASA

JELAS DAGING HARAM
DENGAN DAGING HALAL
TAK ADA BEZA
KALAU ADA  BEZA
HARI PERTAMA TERKUNYAH
PASTI TAK SEDAR
KAH KAH KAH

BRO
JANGAN TINGGAL
APA APA YANG
BOLEH MEMBUAT
 KITA TERSENYUM

BILA KITA  NAIK KERETA
NIKMATI APA DIKELILING

DALAM HIDUP INI
SEHARUSNYA
TAK ADA SESALAN
HANYA PELAJARAN

BRO
SEBELUM KITA JADI APA APA
JADI DIRI KITA SENDIRI DULU

BRO
JANGAN JADI ORANG BIASA
JADI DIRI KAMU SENDIRI

SATU KEJAYAAN BILA 
KITA DAH BESAR
MAKA
JADIKAN DIRI SENDIRI

BILA HIDUP INI
JADI KABUR
BETULKAN  CERMIN FOKUS

BRO
KALAU HANG NAK MELIHAT PELANGI
MESTI BERANI KENA HUJAN

JANGAN HANYA BERDIRI
LAKUKAN SESUATU

SEMUA ESOK BERGANTUNG
PADA HARI INI

HIDUP INI 
MACAM MAIN PIANO
SEMUA ORANG BOLEH
TERUS MENGETUK 
TAPI HANYA
YANG MENGETUK  PENUH
KASIH SAYANG AKAN
MELAHIRKAN MELODI

BRO
LAKUKAN SESUATU
YANG BOLEH
KITA INGATI

JADI DIRI SENDIRI
ADALAH SATU KEJAYAAN

TIDAK ADA
YANG LEBIH KUAT
DARI KEBENARAN

SEORANG BOLEH
MEMBUAT YANG KECIL
SATU KUMPULAN
AKAN MENGUBAH ALAM

BRO
JANGAN LUPA
MENGUMPUL KEGEMBIRAAN KECIL
KETIKA MENCARI KEBAHAGIAN
BESAR

JIKA KITA DAPAT
BERTAHAN DENGAN SABAR
KITA AKAN JADI PENAKLOK

SEMUA ORANG ADA PERASAAN
TAK CAYA CUBA DEKATI

CARA TERBAIK UNTUK
MELUPAKAN MASALAH
YANG DIHADAPI
IALAH MEMBANTU ORANG LAIN
SELESAIKAN MASALAH MEREKA 

BRO
JANGAN BANDINGKAN
HIDUP KITA 
DENGAN HIDUP DIA
BULAN DAN MATAHARI TAK SAMA
MEREKA BERCAHAYA
PADA  MASA BERBEZA

JANGAN PAKSA APA APA
BIARKAN DIA BERLALU
KERANA ITU LAH ITU

SANGSARA DALAM HIDUP
INI KERANA TIDAK
MELIHAT HIDUP
SEBAGAI KEHIDUPAN

BRO
KEHIDUPAN INI
GURU YANG BAIK
KALAU KITA  GAGAL BELAJAR
DI AKAN ULANGI SEKALI LAGI

PELUANG ADA DIMANA MANA
SENTIASA BERSEDIA 
DENGAN PANCING
CAMPAKAN MATA KAIL
KE DALAM KOLAM
YANG DIJANGKA TAK BERIKAN
HO HO ADA IKAN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN


SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: