Ahad, 3 Januari 2021

PENGKHIANAT AKAN LAWAN KE ?

 




INI SUARA

JELAS DARI

TAIKO PERAK

AMIN

LARUT KERUSI

MENTERI KDN

TAK SELAMAT KE

AMIN



Umno tanding semua kerusi 'pengkhianat' di Perak, kata Saarani

UMNO Perak mahu bertanding semula di semua kerusi yang dimenangi oleh calon parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad.

Beliau menyebut secara khusus dua kerusi negeri dan tiga kerusi Parlimen yang kemudiannya dikhianati oleh wakil rakyat Umno apabila mereka keluar parti dan menyertai Bersatu, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Semua kerusi yang dimenangi Umno pada PRU14, tetapi dikhianati wakil yang kita amanahkan, maka kerusi itu hendaklah dikembalikan kepada Umno pada PRU15.

“Tidak ada kompromi dalam hal ini. Kembalikan kepada Umno kerana kita masih mempunyai ramai lagi ahli yang setia kepada parti sebagai ganti kepada mereka yang mengkhianati kita,” katanya, seperti dipetik Free Malaysia Today, berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Larut.

Menurut Saarani, walaupun pembahagian kerusi belum muktamad, kenyataannya itu adalah pendirian tegas Umno mengenai kedudukan parti itu dalam PRU15 nanti.

Saarani memangku ketua Umno Bahagian Larut selepas bekas ketuanya Hamzah Zainuddin keluar parti pada Disember 2018. Ahli Parlimen Larut itu kini setiausaha agung Bersatu, merangkap setiausaha agung Perikatan Nasional (PN).

Selain kerusi Parlimen Larut, Umno juga asalnya menang kerusi Parlimen Bagan Serai dan Bukit Gantang, serta dua kerusi negeri iaitu Sungai Manik dan Tualang Sekah tetapi wakil rakyatnya kini anggota Bersatu.

Saarani, yang dilantik Menteri Besar Perak pada bulan lepas, menjelaskan Umno bukan tamak kuasa tetapi mahu dihormati sebagai sebuah parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Umno mempunyai 25 kerusi daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. 

PN mempunyai 8 kerusi terdiri daripada 5 Bersatu dan 3 PAS, sementara seorang wakil rakyat Gerakan dan seorang wakil rakyat bebas.

Pakatan Harapan pula mempunyai 24 kerusi, dengan DAP 16, PKR 5, dan Amanah 3.

Saarani diangkat menjadi menteri besar selepas selepas bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu, yang juga timbalan presiden Bersatu, hilang kepercayaan di DUN Perak pada 4 Disember lalu. – 2 Januari, 2021. 

INI SUARA BARU

MB BARU

BELUM ADA

DENGAR KES

RASUAH

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: