Selasa, 19 Januari 2021

DURHAKA NI APA ?

 


 DERHAKA NI APA?

BUAH LIMAU KE

BUAT MANGGIS?

KAH KAH KAH



Tolak darurat tanda Umno derhaka pada Agong, kata Annuar

ARAHAN supaya ahli Parlimen merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan darurat hanya helah untuk bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim, kata seorang menteri Umno.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata langkah tersebut juga menunjukkan penghinaan dan penderhakaan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengulas arahan dikeluarkan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan supaya wakil rakyat merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar membatalkan proklamasi darurat.

“Surat Datuk Seri satu pelanggaran etika berorganisasi, menghina keputusan parti dan boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ini juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan oleh ahli Parlimen,” kata Annuar.

Dalam surat yang ditujukan kepada Ahmad itu, Annuar yang kecewa kerana ia tidak dibincangkan terlebih dalu berkata, arahan tersebut bercanggah dengan keputusan awal parti.

Jelasnya, ini kerana presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan akhbar 12 Januari lalu sudahpun menyebut Umno menjunjung titah memperkenan perisytiharan darurat.

Dalam kenyataan itu, Zahid dengan jelas menyatakan pendirian Umno untuk “menjunjung titah” berkenaan tetapi kini Ahmad menyatakan sebaliknya, kata Annuar.

“Kalau sudah ‘menjunjung titah, dan itu keputusan parti, mengapa pula (Ahmad) cuba membelakangi kenyataan rasmi presiden parti,” soalnya.

Tambahnya, arahan berkenaan juga dibuat dengan tafsiran yang salah kerana undang-undang tidak mensyaratkan Parlimen bersidang segera untuk membahaskan perisytiharan itu.

Malah, proklamasi itu perlu dibatalkan terlebih dulu sebelum Parlimen boleh bersidang, katanya.

“Perkara 150(3) bermaksud proklamasi dan ordinan dibentang setelah Parlimen bersidang.

“(Ia) tidak menyatakan atau tidak bermaksud mensyaratkan Parlimen bersidang secepat mungkin atau mewajibkan Parlimen bersidang serta merta selepas proklamasi dibuat oleh (Yang di-Pertuan Agong),” katanya. – 19 Januari, 2021.

 WOIT

TANYA HADI

ADA AYAT TAK

TENTANG DERHAKA

KAH KAH KAH

ATAU ADA HADIS

PASAI DERHAKA

AMIN

SAJE TANYA

MANA TAU 

ADA TERSELIT

ADA TERSEPIT

CELAH CELAH

YANG ORANG

TAK NAMPAK

AMIN



1 ulasan:

hamim berkata...

TT, cuba tanya Annuar tu, semenjak dia jadi politikus ada tak dia ambil apa yang bukan hak dia, apakah selama ini setiap satu sen yang dia terima ada cap halal JAKIM? Jika dia tak berani jawab, bagi tau dia tak usahlah nak sembang dan berlagak baik, alim, jujur, amanah.....piiirrrah