Khamis, 25 Mac 2021

LOKMAN JADI LOKMAN ADAM

 

LOKMAN 

DAH JADI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

BAKAR SATAY

TAK PAKAI API

KAH KAH KAH

SAMBIL JOLOK

LUBANG ....

LUBANG APA?

KAH KAH KAH




Jangan bermain dengan api, Lokman Adam beri amaran kepada peguam PM

BEKAS ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam memberi amaran kepada Rosli Dahlan agar tidak “bermain dengan api” selepas peguam itu membuat laporan polis terhadapnya semalam.

Lokman memberitahu The Malaysian Insight, Rosli sepatutnya mendengar audio secara langsungnya di Facebook dengan teliti sebelum menuduhnya bersekongkol dengan dua individu lain untuk mencemarkan imej peguam.

“Apa yang dapat saya katakan adalah, jangan bermain dengan api atau jangan menjolok sarang tebuan. Saya mempunyai banyak fakta untuk digunakan. Jangan buat saya menggunakannya sekaligus,” kata Lokman.

Rosli semalam membuat laporan polis terhadap Lokman dan dua yang lain - Adun Kuang Sallehudin Amirudin dan penulis blog Mohd Hanizam Yunus - kerana menuduh beliau menerima berbilion wang sogokan daripada Goldman Sachs dalam penyelesaian 1MDB.

Dalam laporannya, Rosli berkata Lokman menuduhnya mendapat 10% daripada penyelesaian kes Goldman Sachs bernilai RM17 bilion.

Lokman berkata beliau tidak bimbang dengan laporan polis itu.

“Terdapat banyak kesalahan maklumat dan pembohongan. Beliau seharusnya mendengar audio dengan teliti dan memahami apa yang saya katakan.

“Sebagai contoh, saya cakap beliau akan menjadi peguam negara. Saya kata beliau mungkin juga menjadi peguam negara kerana berada di kalangan kerajaan. Saya tahu siapa yang akan menjadi peguam negara dan ia bukanlah beliau.”

“Dengar apa yang saya cakap dengan teliti tetapi sejak laporan dibuat, saya mengalu-alukannya. Kami boleh memberitahu perkara sebenar di mahkamah,” kata Lokman.

Rosli, dalam laporan polisnya juga mendakwa Lokman menuduhnya mahu menggantikan Idris Harun sebagai peguam negara dan Idris sendiri dipaksa mengundurkan diri jika Rosli tidak dilantik sebagai penasihat undang-undang Malaysia dalam penyelesaian Goldman Sachs. – 24 Mac, 2021.

PEGUAM ROSLI

WAJIB HATI2

KAH KAH KAH

BILA LOKMAN ADAM

JADI LOKMAN ADAM

LOKMAN AKAN 

TIDUR DALAM 

LUBANG TEBUAN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: