Khamis, 25 Mac 2021

SIAPA AKAN GANTU MUHYIDIN

 


WOIT

ALAAMAK

MADEY NI 

TAK RAMAL

PULAK SAPA GANTI

MUHYIDIN

KAH KAH KAH

HADI KAH?

TAKI KAH?

ATAU

USTAD PEMINAT

FILEM JERMAN?

KAH KAH KAH 


Muhyiddin tak akan kekal sebagai PM selepas PRU15, kata Dr Mahathir

MUHYIDDIN Yassin tidak akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihanraya Umum Ke-15 kerana partinya Bersatu tidak mungkin memenangi banyak kerusi, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Keadaan politik selepas PRU 15 tidak mungkin berbeza dari sekarang. Tetapi Muhyiddin tidak akan jadi Perdana Menteri,” tulis bekas perdana menteri itu menerusi laman blognya, chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, Bersatu yang kini merupakan parti berbilang kaum tidak mungkin memenangi banyak kerusi.

“Dengan itu parti Perikatan Nasional dan BN dan Muafakat akan pilih orang lain sebagai perdana menteri,” katanya.

“Umno dan PAS memberi jawatan PM kepada Muhyiddin dahulu kerana mereka hanya boleh jadi gabungan majoriti jika Bersatu keluar dari PH dan menyertai Muafakat,” katanya.

Bekas perdana menteri itu merujuk kepada “Langkah Sheraton” pada Februari tahun lalu yang menyebabkan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir juga menulis bahawa Muhyiddin percaya PN akan memenangi pilihan raya kerana sudah membuat persiapan untuk menghadapinya.

“Bendera dan sepanduk sudah ditempah dan agihan kawasan antara Bersatu, PAS dan Umno sudah dirunding.

“Bagi Muhyiddin hanya terdapat satu masalah yang belum diselesai. Muhyiddin berharap tidak ada parti lawan yang akan bertanding. Dengan ini Perikatan Nasional akan menang tanpa bertanding,” katanya. 

Beliau berkata dengan alasan ini, Pejuang dan Muda di bawah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman tidak dapat didaftarkan.

“Muhyiddin mungkin cuba adakan PRU awal semasa Pejuang dan Muda tidak didaftar.

“Muhyiddin boleh menentukan supaya parti musuh tidak akan didaftar. Ia bermula dengan Pejuang,” katanya.

Pejuang tidak berpihak kepada mana-mana pihak walaupun berada dalam pembangkang.

Dr Mahathir berkata jika tidak didaftarkan tepat pada waktunya untuk pilihan raya, mereka mungkin perlu bertanding sebagai calon bebas.

“Jika ini dilaku maka calon-calon bebas ini tidak dapat mengguna simbol dan bendera Pejuang. Ini akan kelirukan pengundi,” tambahnya lagi.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata bahawa beliau tahu partinya tidak akan dapat menjadi kerajaan tetapi peranannya adalah untuk menentukan gabungan mana yang membentuk kerajaan.

“Pejuang tidak mungkin jadi Kerajaan. Tetapi sokongan Pejuang akan tentukan gabungan mana yang akan jadi Kerajaan. Sokongan Pejuang hanya jika syarat Pejuang diterima,” katanya. – 25 Mac, 2021.

BAGAIMANA

DENGAN ANWAR?

KAH KAH KAH

BETUL JUGA

DIA DAH LAMA

TUNGGU

KAH KAH KAH

TAPI 

TIM BANDUAN

SEMUA DUDUK

DI SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH

WOIT

TINGGAL KU LI

DAH LAMA TUNGGU

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: