INI KES PUKUL
ATAU KES
TUNJUK
PISANG
KAH KAH KAH
SELESAI
JANGAN TAK
SELESAI
KAH KAH KAH
LEPAS SELESAI
CUTI KE
JANDA BAIK
KAH KAH KAH
Yusoff Rawther,
dua pembantu Anwar
dalam proses mediasi isu
tuntutan mahkamah
Proses mediasi yang sedang berjalan antara Muhammad Yusoff Rawther dan dua individu yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim berhubung tuntutan mahkamah yang melibatkan dakwaan pergaduhan di pejabat Presiden PKR itu dua tahun lalu.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini baru-baru ini bahawa bekas pegawai penyelidik itu sedang berbincang dengan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah, iaitu masing-masing merupakan setiausaha politik dan setiausaha akhbar Anwar.
Haniff yang mewakili Yusoff, yang menuntut saman terhadap Farhash dan Nashrul. Tuntutan saman itu kini dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
"Ada proses mediasi yang cuba dilakukan dan bermula. Kita mengharapkan hasil yang positif. Tetapi buat masa ini, kita tidak dapat mengesahkan keputusannya kerana proses mediasi masih belum selesai," kata Haniff, sambil menambah bahawa pasukan undang-undang masih mendapat arahan dari anak guam masing-masing.
Peguam Muhammad Azwar Ab Manab, yang mewakili Farhash dan Nashrul turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kedua-dua mereka sedang dalam perbincangan mediasi dalam usaha menyelesaikan masalah itu.
“Kita sedang dalam proses mediasi. Pihak yang berada dalam proses mediasi sedang berusaha mencapai hasil yang positif,” kata peguam itu.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, peguam T Kumar mendedahkan bahawa perbincangan mediasi itu juga merangkumi tuntutan saman fitnah yang berasingan tetapi berkaitan saman fitnah oleh Farhash terhadap Yusoff.
Saman fitnah itu ditangguhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kumar mewakili Farhash dalam kes saman fitnah tersebut.
Tuntutan Yusoff terhadap Farhash dan Nashrul, yang difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, berkaitan dengan dakwaan insiden di pejabat Anwar di Bukit Gasing pada Mei dua tahun lalu.
Yusoff, yang mengaku pernah menjadi pembantu penyelidik Anwar, menjadi perhatian pada tahun 2019 ketika dia mendakwa bahawa dia diserang secara fizikal di pejabat Anwar dan mengaku pada sidang media bertarikh 3 Disember tahun yang sama bahawa dia diserang secara seksual oleh Anwar.
Pada 14 Jan tahun lalu, Jabatan Peguam Negara berkata tidak akan mendakwa Anwar atas dakwaan serangan seksual terhadap Yusoff kerana kekurangan bukti.
Sepuluh hari kemudian pada 24 Jan, Farhash menyaman Yusoff atas tuduhan Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dengan pengetahuan ia akan dilaporkan media tempatan.
Pada 20 Februari tahun lalu, dilaporkan bahawa polis membuka semula siasatan atas tuduhan serangan terhadap Yusoff.
Ia juga dilaporkan bahawa Anwar mungkin dipanggil mahkamah sebagai saksi dalam kes saman Yusoff terhadap Farhash.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan