KHALWAT KE 443
KHAMIS 3/6/2021
KITA MASUK KE HARI 443
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 443
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 143
PKP 4.0
HARI KE 3
PAGI INI DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH
MURAI
DI PINTU MASUK
TIGA ORANG KAKAK
NAK PULANG KE LE CHATEAU
YANG KONONNYA
LEPAS BERJOGGING
TAPI GUA KETAWA
LALU GUA TANYA
' NI NAK PEGI SHOPPING KE KLCC KE?'
KAH KAH KAH
SELUAR BAJU T DAN KASUT
MEREKA
MACAM NAK MELARAM
KAH KAH KAH
HUJAN KEJAP
PETANG KEMARIN MENJADIKAN
RUMPUT BASAH DAN SEGAR
BUNGA BUNGA LIAR
KEMBANG SEGAR
UNGGU MORNING GLORY
MEMECAH HIJAU RUMPUT
MENYAMBUT PAGI
KUALA LUMPUR KELAM
KL SENTRAL CERAH
LANGIT BIRU
TOMPOK AWAN PUTIH YANG NIPIS
MATAHARI DAH KELUAR
MENJANJIKAN HARI PANAS
DI POKOK MENGKUDU
GUA NAMPAK 4 EKOR TEMPUA
MEREKA SEDANG KERJA KERAS
BERGOTONG ROYONG
MENDIRIKAN
RUMAH BARU YANG MASIH HIJAU
SUARA TERKUKUR
DIGANGGU OLEH
SALAKAN BEBERAPA EKOR ANJING
YANG MARAH PADA EZI DAN TAK TAK
TAK TAK NAIK KE ARAH MEREKA
SALAKAN MENJADI LAGI KUAT
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
PAGI INI
BRO
KALAU KITA BERI MAAF
IANYA TAK MENGUBAH
YANG TELAH BERLAKU
TAPI
IANYA MEMBAIKI MASA DEPAN
WUJUDIAH KITA
DIBENTUK OLEH FIKRAH
KITA BOLEH JADI
APA YANG KITA FIKIR
APA ITU CINTA:
CINTA IALAH KEJUJURAN
CINTA IALAH ILTIZAM
DAN
PENGORBANAN
BRO
BUKAN DUIT BUAT
KITA KAYA
TAPI KELUARGA
MENJADIKAN KITA LUMAYAN
PEKARA YANG MENYAKITKAN
HATI KITA ITU
SEDANG MENGAJAR KITA
BRO
CINTA TIDAK LUPUS
KERANA JAUH BERPISAH
CINTA LUPUS
BILA ADA KESANGSIAN
BRO
TAK ADA APA
YANG BOLEH MENTENTERAMKAN JIWA
MELAINKAN
JAGA DIRI SENDIRI
TAK AMBIL POT
HAL ORANG LAIN
JANGAN SUKA JADI HAKIM
MENILAI ORANG
MELAINKAN KITA
TELAH 100% SEMPURNA
TAK PERNAH BUAT SALAH
BRO
MACAM MANA NAK GEMBIRA?
SENANG SAJE
JANGAN AMBIL POT
PADA MAMAT YANG KLIM
DIA KENAL LU
DARI LU KENAL DIRI LU SENDIRI
BRO
HADIAH YANG PALING BERNILAI
IALAH
KITA MENDAPAT SEORANG
KAWAN YANG JUJUR
DENDAM TERBAIK
PADA MAMAT ITU
IALAH KITA
JANGAN JADI
MACAM MACAM MAMAT ITU
BRO
SEDAR TAK?
90% MASALAH YANG KITA HADAPI
BERPUNCA DARI
APA YANG KITA FIKIR
RAMAI BOLEH MENEMUI
SAMPAH PADA BANYAK ORANG
KITA WAJIB TEMUI EMAS
BRO
SIFU ITU
BERMULA DENGAN
JADI MURID
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan