Belum terlambat untuk Umno kerjasama dengan pihak lain, kata Ahmad Maslan
MASIH belum terlambat untuk Umno mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak meskipun tarikh penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini berbaki dua minggu lagi.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti kini hanya menunggu keputusan Majlis Tertinggi Umno (MT) untuk dimuktamadkan dan untuk itu, satu mesyuarat MT akan diadakan Khamis ini.
“(Soal) jentera ini dah muktamad, cuma (soal) calon belum muktamad, dengan siapa kita nak berunding (bekerjasama) belum muktamad. Dua perkara ini sahaja belum muktamad, yang lain dah muktamad,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak di Sungai Udang di Melaka, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan