Ahad, 24 Oktober 2021

KANG KANG MASIH TERBUKA

 


Pandangan Zahid tentang Muafakat Nasional tak sama dengan pimpinan, ahli Umno, kata Naib Presiden PAS

PANDANGAN Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai Muafakat Nasional (MN) tidak selari dengan pandangan pemimpin dan ahli Umno yang lain, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berharap Umno menyemak semula dan berbincang mengenai kedudukan kerjasamanya dengan PAS, yang dimeterai secara rasmi pada September 2019.

“Kalau tanya saya, pandangan Presiden Umno terhadap MN itu tidak mencerminkan pandangan majoriti pimpinan dan juga ahli Umno lain. 

“Sebab itu, saya minta kalau boleh pandangan ini disemak kembali dan dibincangkan secara halus oleh kalangan pemimpin Umno lain. 

“Sebab yang kita dengar di luar ini, tak sama dengan apa yang disebut oleh beliau,” katanya, dalam wawancara yang disiar Mingguan Malaysia, hari ini.

Diminta menjelaskan maksud “dengar di luar”, Mohd Amar menyebut pandangan yang didengar daripada pimpinan dan ahli Umno, yang “tak sama dengan suara Presiden Umno”.

Zahid yang ditanya dalam satu wawancara baru-baru ini mengenai kerjasama Umno dan PAS dalam MN membayangkan gabungan itu sudah tidak lagi wujud.

Beliau lalu menyebut Umno akan bertanding solo bawah panji Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Mohd Amar menafikan PAS “main dua kolam” apabila mengasaskan Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu walaupun pada masa sama bekerjasama dengan Umno melalui MN.

Jelasnya, PAS sebenarnya cuba untuk menyatu “dua kolam yang berbeza” Umno dan Bersatu.

Beliau percaya dengan penyatuan itu, tiga parti Melayu – Umno, PAS dan Bersatu –  boleh menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Insya-Allah, paling kurang pun dua pertiga kerusi Parlimen dalam PRU15,” katanya.

Sementara itu, mengenai PRN Melaka, Mohd Amar berharap Umno dan BN sedia menawarkan 14 kerusi untuk ditandingi oleh PN. Daripada jumlah itu, PAS mensasarkan bertanding enam kerusi dan lapan untuk Bersatu.

“Setakat ini belum ada keputusan muktamad. Tapi beberapa pimpinan Umno di Melaka menunjukkan sikap positif

“Tapi pimpinan tertinggi termasuk pimpinan dalam Badan Perhubungan Umno Melaka dan juga Umno Pusat, belum lagi jelaskan pendirian,” katanya.

Penamaan calon PRN Melaka ditetapkan pada 8 November dan pengundian pada 20 November. – 24 Oktober, 2021.


KAH KAH KAH

KANG KANG

MASIH TERBUKA

KAH KAH KAH

PELACUR BUKAN

HANYA

MAIN DUA KOLAM

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

TELINGA & HIDUNG

PUN BOLEH

DIJOLOK

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: