Selasa, 1 Mac 2022

AKTA IBRAHIM ALI

 



BN janji enakmen antilompat parti jika menang Johor

BARISAN Nasional (BN) akan menggubal enakmen antilompat parti dan memberi peruntukan sama rata untuk semua kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri sekiranya diberi mandat mentadbir Johor semula, kata menteri besar sementara Hasni Mohamad.

“Sudah tentu saya sokong adanya undang-undang antilompat parti (di negeri),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Enakmen antilompat parti terkandung dalam “ikhtiar” BN yang akan dilancarkan hari ini, tambahnya.

Hasni menjelaskan BN tidak menyebut janji pilihan rayanya sebagai manifesto atau akujanji sebaliknya ikhtiar.

“Ikhtiar perkataan yang lebih kuat di Johor,” katanya, selepas habis berkempen di Benut, kelmarin.

“Apabila kita lancarkan ikhtiar negeri, antara yang kita tonjolkan ialah memperkenalkan enakmen antilompat parti.

“Itu menunjukkan betapa seriusnya kita tentang antilompat parti supaya dewan dan wakil rakyatnya berwibawa,” kata Hasni.

Sama seperti Pakatan Harapan (PH) yang tersingkir dari Putrajaya pada 2020, BN juga berhadapan dengan tindakan wakil rakyat melompat parti selepas kalah pilihan raya umum 2018. BN hilang 15 ahli parlimen dan sejumlah wakil rakyat di negeri kepada Bersatu.

Susulan itu, beberapa wakil rakyat BN antaranya Azalina Othman Said (Pengerang) menggerakkan kempen untuk menggubal undang-undang antilompat parti di Parlimen.

BN juga membuat janji sama selepas menang pilihan raya negeri Melaka tahun lepas.

Dana sama rata

Selepas perubahan politik 2018, Hasni percaya tentang bersikap adil kepada pembangkang dan bagaimana pembangkang juga ada peranan dalam kerajaan.

“Kalau ada pembangkang, mereka sepatutnya berwibawa dan mampu mengemukakan cadangan yang lebih baik apabila berurusan dengan kerajaan.

“Peranan semak dan imbang dalam sistem demokrasi ini sangat diperlukan di Johor terutamanya melihatkan kedudukan kaum di negeri ini.

“Itu sahaja menuntut perwakilan yang seimbang daripada semua dan perlu ada pendekatan yang seimbang dalam memberikan bantuan,” katanya, yang sudah tiga penggal jadi wakil rakyat.

Untuk itu, Hasni berkata beliau sedia memberikan peruntukan kawasan yang sama rata untuk semua wakil rakyat tanpa mengira parti, sekiranya BN menang pilihan raya 12 Mac ini.

“Bagi saya itu adil kerana semuanya dipilih oleh pengundi dan sepatutnya ada peruntukan asas untuk membangunkan kawasan. Semua akan dapat sama. Kalau wakil kerajaan dapat peruntukan tertentu, pembangkang pun dapat juga.

“Saya mahu itu diteruskan,” kata Hasni.

Dalam Belanjawan Johor 2022, Hasni mengumumkan peruntukan RM200,000 kepad semua wakil rakyat negeri tanpa mengira parti.

BN Johor menyediakan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat negeri pada 2021 bagi memastikan kestabilan selepas kerjasama gabungan itu PH menukar menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu melalui undi percaya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menggantikan Muhyiddin Yassin, yang letak jawatan sebelum undi percaya di Parlimen, juga kemudiannya memeterai persefahaman politik dengan PH.

Sebelum ini, kerajaan yang mentadbir menghukum pengundi yang menolak mereka dengan tidak memberikan peruntukan bagi kawasan yang dimenangi pembangkang. – 1 Mac, 2022.


AKTA 

IBRAHIM ALI

INI WAJIB

DISOKONG

AMIN

TAPI KALAU

PARTI YG YB

WAKILI JADI

PUKEE RAHAH

MACAM MANA?

AMIN

TERTIBA

BERITA 

TERBONGKAR

DI NEW YORK

PARTI CILAKA

TAK BERGUNA

KAKI RASUAH

JUAL NEGARA

PADA CHINA MERAH

AMIN 

PENGUNDI MARAH

 APAKAH BOLEH 

PENGUNDI MINTA

 DIADAKAN PRK DI KAWASAN 

YB PUKEE RAHAH

ITU ?  

AMIN

Tiada ulasan: