Isnin, 21 Mac 2022

KES AMBANK DAN 1MDB

 



Bekas pengarah 1MDB dakwa tidak tahu wang masuk ke akaun Najib

BEKAS pengarah 1MDB Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini beliau tidak tahu mengenai sebarang wang yang disalurkan ke akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak.

Ismee berkata demikian sebagai menjawab soalan peguam bela Shafee Abdullah mengenai penjualan pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang diisukan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

TIA memperoleh RM5 bilion dalam IMTN pada 2009 yang dijual dalam tempoh 24 jam kepada Aktis Capital, Country Group Securities dan Acme Time Pte Ltd.

Ia kemudiannya dijual semula kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pembekal insurans Prudential.


Ismee juga memberitahu mahkamah beliau tidak tahu Low Teak Jho (Jho Low) mengaut RM700 juta daripada penjualan itu.

Terdahulu, Shafee mendakwa AS$113 juta telah dipindahkan ke akaun bank Acme milik Jho Low di RBS Coutts Singapura antara Mei dan Jun 2009.

Pada Mei 2009, AmBank menjual RM3.8 bilion bon itu kepada firma broker Thailand Country Group Securities Plc, yang membelinya untuk Low.

AmBank mengambil RM500 juta manakala baki RM700 juta diserahkan kepada Aktis Capital Singapore Pte Ltd untuk pelanggannya, sebuah syarikat British Virgin Islands bernama Morningstar Equities Inc.

Pada hari sama, AmBank menjual semula bon tersebut bagi pihak Country Group, Low dan Aktis kepada pelabur Malaysia yang mengaut RM600 juta atau AS$170 juta pada kadar pertukaran 2009.

Selepas itu, juga pada hari sama, Country Group mengarahkan AmBank untuk menghantar AS$1.1 juta ke akaunnya di Sime Commercial Bank di Bangkok. Ia juga meminta AS$113.42 juta dihantar ke akaun Acme Time Pte Ltd di RBS Coutts Singapura. Sejumlah AS$12.55 juta lagi telah dihantar ke Acme Time pada 13 Julai 2009.

Penyiasat Amerika Syarikat telah tentukan yang akaun Acme Time di RBS Coutts Singapore dikawal oleh Low dan rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.

Shafee bertanya kepada Ismee semasa penjualan bon itu dan seterusnya, adakah sebarang wang masuk ke dalam akaun Najib.

“Tidak,” Ismee memberitahu mahkamah.

Najib sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB. Beliau berhadapan 25 pertuduhan - empat salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram - berhubung kesalahan yang dilakukan antara 2011 dan 2013. – 21 Mac, 2022.

BILA SEBUT

NAMA AMBANK 

MAKA TERINGAT

HUSSAIN NAJADI

PENGASAS AMBANK

AMIN

HUSSAIN DITEMBAK

MATI

 DI BUKIT BINTANG

AMIN

APA JADI DENGAN

PEMBUNUH ? 

AMIN

TAKDA KENA

GANTUNG KE 

 ATAU LEPAS LARI

AMIN

PELIK TETAPI

BENAR

AMIN

INI BELUM LAGI

CERITA PEGUAM

KEVIN MORAIS

MATI KENA SIMIN 

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaman pencuri dan pembunuh memerintah banyak kes-kes yang tak terlintas dik fikiran rakyat biasa telah berlaku. Lantik mamak jadi PM..habis sekelian rakyat di tipunya. Sambil jerit slogan-slogan yang baru dia songlap duit rakyat. Cilaka betul manusia ni kan !!!!!